09 January 2013

Kakitangan terima sijil dari PSAS

Seramai 30 orang kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang mengikuti Sijil Asas Perakaunan dari Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Tanjung Malim, Perak telah diraikan dalam satu majlis konvokesyen 27 Disember lalu.
Majlis yang berlangsung di Dewan Dato’ Amihamzah, Menara Amanah Ikhtiar ini adalah bagi meraikan peserta yang telah tamat menjalani kursus bermula bulan Mac 2012 dan berakhir pada 4 November 2012. Program Asas Sijil Perakaunan ini merupakan kerjasama antara AIM dan PSAS. Program selama enam bulan ini telah melibatkan kakitangan AIM yang terdiri daripada 28 orang Pembantu Amanah, seorang Penolong Pegawai Kerja dan Pembantu Amanah Akaun.
Dalam ucapan perasmiannya, YBhg. Datuk Hajah Zabidah Ismail yang juga Pengarah Urusan berkata AIM sememangnya menggalak dan memberi peluang kepada mana-mana kakitangan yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau menambah, “program sebegini merupakan platform yang baik bagi memberikan laluan kepada kakitangan yang berminat untuk menjadi tenaga kerja yang berilmu dan terlatih”. Ketua Pegawai Operasi AIM Encik Halid Hasbullah Boestamam dalam ucapan aluannya pula menyentuh mengenai perlunya program sebegini melibatkan kakitangan yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak. Beliau menyatakan bahawa pihak AIM berbesar hati sekiranya dapat menjalinkan usaha sama seperti ini dengan institusi-institusi pendidikan yang lain bagi mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan dan perkhidmatan kakitangan AIM.
Konvokesyan ini juga turut menyaksikan majlis menandatangani dokumen kolaborasi antara AIM dan PSAS. Jalinan kolaborasi ini dilihat bakal memberi banyak manfaat kepada kedua-dua belah pihak khususnya dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan dan perkhidmatan kakitangan melalui Program Laluan Peningkatan Akademik bagi mencapai matlamat kakitangan berkemahiran dan berpengetahuan.
PSAS diwakili oleh Timbalan Pengarah Akademik Encik Yaakob Hasrat dan Puan Hajah Norhayati Haji Mohamed Nor, Ketua Jabatan Perdagangan PSAS. Majlis konvokesyen turut menyaksikan Saudari Nur Amira Sultan Khan dari AIM Cawangan PKMB Alor Setar dianugerahkan sebagai peserta terbaik manakala Saudara Mohd Khairul Azman Jaafar dari AIM Cawangan Jeli pula menerima Anugerah Kepimpinan

No comments:

Post a Comment