30 July 2011

‎5 Bonus Khas Ramadhan

‎5 Bonus Khas Ramadhan

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu 'alaihi wa salam bersabda yang bermaksud : "Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika ramadhan iaitu :

1. Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.

2. Para Malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

3. Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman: 'Hampir-hampir hamba-hambaKu yg soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu'. (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan didunia dan di akhirat)

4. Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.

5. Mereka mendapat keampunan pada akhir malam (orang yg beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya). Mengenai bonus ke-5 ini, ada sahabat bertanya kepada Baginda Sallallahu 'alaihi wa salam : "Ya, Rasullullah, apakah itu berlaku pada Lailatulqadar?" Baginda menjawap : "Bukan, tetapi pelaku kebaikkan akan disempurnakan pahalanya sesuai menyelesaikan amalannya." (HR Ahmad)

27 July 2011

5M UNTUK KITA BERJAYA

M - MATLAMAT

M - MUNAJAT

M - MEMUASKAN

M - MENGURUS

M - MENSYUKURI

25 July 2011

LAWATAN SAHABAT PKMB KANGAR 2011


21 DAN 22HB JULAI 2011-Cawangan PKMB Kangar telah mengadakan lawatan ke Barat Laut Selangor(BLS),yang disertai seramai 70 orang sahabat termasuk kakitangan.Lawatan ini diadakan adalah untuk menghargai Ketua Pusat yang sudah cukup tempoh 2 tahun mentadbir pusat di blok Kangar,Arau,Kuala Perlis dan Beseri.Sahabat telah dibawa melawat ke 2buah projek sahabat berjaya di BLS iaitu sahabat membuat PAU dan membuat kerepek.Pihak cawangan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat yang menyertai lawatan ini,dan yang memberi komitmen sepanjang program lawatan ini.Terima kasih...wasalam...



19 July 2011

TIP PENJAGAAN LAP TOP/NOTEBOOK...sayang harga mahal


1. Bateri
* Elakkan daripada penggunaan bateri (jika dirumah).
* Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
* Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
* Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
* Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.


2. Papan Kekunci.
* Letakkan penutup/alas papan kekunci untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
* Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
* Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan (external) supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

3. Skrin LCD
* Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan screen saver.
* Power management setkan pada Turn Off monitor in 10-30 minutes atau jangka masa yg sesuai.
* Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
* Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan 'Dead pixel'

4. Haba Panas
* Pastikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.
* Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

5. Surge Protector
* Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
* Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.
* Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.
* Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.

6. Port
* Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan berus atau berus gigi lama.
* Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan

04 July 2011

KURSUS PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN


PROGRAM PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
PROGRAM KEUSAHAWANAN UNTUK SAHABAT AMANAH IKHTIAR MALAYSIA CAWANGAN PKMB KANGAR,DI HOTEL PUTRA BRASMANA KUALA PERLIS,KURSUS INI DIANJURKAN OLEH UNIT PEMBANGUNAN USAHAWAN UNTUK MEMANTAPKAN PENGETAHUAN SAHABAT MENGENAI BIDANG YANG DIJALANKAN.KURSUS INI JUGA BAGI MENGENALPASTI SAHABAT USAHAWAN NKRA.BENGEKL DIADAKAN PADA 05 DAN 06 HB JULAI 2011.

02 July 2011

Sugar Glider. Haiwan eksotik jenis gliding marsupial kecil

Salam...
Siapa kenal haiwan yang cenonet, comel, cute atas ni? Sape sape yang tak kenal natang ape ni, ni lah Sugar Glider. Haiwan eksotik jenis gliding marsupial kecil. Sugar Glider ni tak da kat malaysia. Ia hanya ada kat area Australia, New guinea dan jugak kat pulau pulau di Indonesia, atau korang ade pernah jumpe belakang rumah? he3. Walaupun asal sana tapi kat Malysia dia tetap boleh hidup dan membiak.

Kat Malaysia memang ade pelihara sugar glider ni, tapi tak la ramai sangat mungkin sebab haiwan ni bukan dari negara ni kan. Haiwan ni terkenal sebagai haiwan peliharaan yang bersaiz poket, sebab saiz dia yang kecik dan comel. Lanun tengok pun series geram, bayangkanlah kalau dier duk kat bahu, duk tapak tangan, manja pulak emm.. rasa nak pelihara lak. Kalau nak bela biarlah sepasang kan, boleh gak dieorg mengawan ke ape, untung dapat anak buah baru he3.

Sugar glider ni bukan tupai terbang tahu, tapi jenis macam kanggaroo sebab yang betina ada kantung kat perut, pastu jenis dok jaga malam, siang dier tidurrr je. Tapi benda tu boleh latih sampai la natang ni biasa. Dari apa yang Lanun baca binatang sugar glider memang manja dan boleh mati sebab kesunyian, hmmm.. ada sape sape yang manja macam sugar glider?

Amacam ada rasa nak bela tak? kat Malaysia natang ni memang tak ada masalah. Leh cari kat forum rujuk orang malaysia sendiri yang bela haiwan ni. Nak tahu lagi maklumat pasal pelihara sugar glider? harga sugar glider ni? RM500 sepasang + sangkar.