31 May 2011

PROGRAM KEWANGAN MIKROBANDAR

Pengenalan

AIM menawarkan skim pembiayaan yang mudah (tanpa cagaran dan penjamin) dengan melibatkan golongan sasaran yang khusus, pemantuan yang rapi, pematuhan disiplin kredit yang tinggi, kakitangan yang profesional dan sokongan padu oleh kerajaan.

Kaedah yang digunakan oleh AIM terbukti berkesan dan berjaya mengeluarkan sejumlah besar isi rumah dari belenggu kemiskinan di samping melahirkan ramai usahawan kecil yang berdaya saing. Kejayaan AIM selama lebih 20 tahun ini kini digunakan sepenuhnya untuk mengurangkan kemiskinan di kawasan bandar. Pelaksanaan Program Kewangan Mikro Bandar (PKMB) menjadi pelengkap kepada kaedah mikrokredit ikhtiar yang memberikan impak besar kepada program-program pengurangan kemiskinan.

Objektif
•Menggembleng potensi bekerja sendiri (self-employment) di kalangan isi rumah miskin dan golongan berpendapatan rendah.

•Menyebarluaskan pendekatan kewangan mikro AIM kepada golongan miskin dan golongan berpendapatan rendah di bandar.

Syarat-syarat Kelayakan
• Warganegara Malaysia

•Isi rumah di kawasan bandar yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan atau perkapita di bawah RM400 sebulan.

•Memiliki aset tidak melebihi RM50,000.

•Taraf residensi melebihi 2 tahun di lokaliti kediaman atau lokaliti perniagaan.

Syarat-syarat Pembiayaan

•Pembiayaan tanpa cagaran dan penjamin.
•Bersetuju membentuk kumpulan 5 orang ahli dan menjalani latihan asas pembiayaan selama 5 hari (1 hari sejam).
•Bersetuju menubuhkan pusat.
•Menghadiri Mesyuarat Pusat setiap minggu.
•Bersetuju menyumbang 1% daripada pembiayaan ekonomi ke dalam Tabung Kumpulan.
•Bersetuju menabung dalam Tabung Kumpulan sebanyak RM5 seminggu.
•Bayaran balik secara mingguan.
•Mencarum dalam Tabung Khairat Hutang (TKH)
•Caj pembiayaan 1% sebulan

JALAN MAKAN ANGIN

Perlis, negeri yang terkecil di Malaysia, indah dengan pemandangan sawah padi yang luas terbentang. Selain itu, ia juga terkenal dengan satu lagi aktiviti mengisi masa lapang yang hebat iaitu membeli-belah!

Padang Besar merupakan tempat tumpuan pengunjung yang mencari barangan kulit, pakaian, cenderamata dan pelbagai barangan hiasan rumah yang lain. Kebanyakan barangan-barangan ini dihasilkan di negara Thailand dan seterusnya dijual di Padang Besar. Selain itu, barangan bebas cukai juga ada dijual di sini.

Dari namanya sendiri, Padang Besar pasti memberikan anda bayangan kesibukan jualan, kebisingan tawar-menawar dan kepelbagaian warna-warni barangan yang dijual di sini. Ada yang mengatakan yang bandar ini merupakan hasil gabungan Thailand dan Perlis dan ianya dapat dilihat melalui pelbagai papan tanda dan pusat pemeriksaan yang terdapat di sini.

HARUM MANIS

Mempelam Harum Manis - Perlis
Harum Manis merupakan buah " trade mark " bagi negeri Perlis. Buahnya yang berbau harum dan isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak pasti menawan hati sesiapa saja yang mencubanya. Di makan bersama pulut sebagai salah satu sajian tradisi di negeri ini, ia juga enak dimakan begitu saja ataupun dinikmati dalam bentuk jus atau jem mempelam. Terdapat beberapa jenis mempelam yang popular di Negeri Perlis iaitu Harum Manis, Sala dan Maha. Tapi yang popular ialah Harum Manis kerana kemanisan dan baunya yang sesuai dengan namanya.
Musim pengeluaran mempelam adalah pada bulan April dan Mei pada tiap - tiap tahun. Harganya juga turut berpatutan.

TARIF ELEKTRIK NAIK 7%

Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.

Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini.

Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.

Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011.

Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam pengumuman bersama Peter dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mereka berkata kenaikan itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga.

12 May 2011

BANJIR BESAR



O4 NOV 2010-KANGAR,BANJIR YANG BERLARUTAN SELAMA SATU MINGGU TELAH MENYEBABKAN BANJIR BESAR BERLAKU YANG MELIBATKAN KESELURUHAN NEGERI PERLIS.RAMAI SAHABAT DAN KAKITANGAN YANG TERLIBAT DALAM BANJIR BESAR KALI INI.SAHABAT DAN KAKITANGAN AIM JUGA MENGALAMI KERUGIAN HARTA BENDA.HAL INI DISEBABKAN OLEH AIR BANJIR YANG DATANG SECARA MENGEJUT DISEBABKAN OLEH PIHAK JPS PERLIS MENBUKA PINTU EMPANGAN UNTUK MENGELAKKAN PINTU EMPANGAN DARI PECAH.

Cadangan Penubuhan Bank Wanita

Cadangan Penubuhan Bank Wanita
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat akan terus mencadangkan kepada kerajaan supaya
menubuhkan bank wanita bagi membantu usahawan-usahawan wanita di semua
sektor.

Menterinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata walaupun kerajaan
ketika ini beranggapan penubuhan bank itu bukan keperluan mendesak,
pihaknya tidak akan berputus asa sehingga matlamat itu tercapai.

"Saya sebenarnya sudah pohon beberapa kali kepada pucuk pimpinan
(Perdana Menteri) sebelum ini, tetapi jawapan yang diberikan ialah
ketika ini kerajaan merasakan belum tiba masa untuk bank itu
diwujudkan kerana konsep perniagaan adalah konsep yang terbuka untuk
semua.

"Tetapi, oleh kerana belum diwujudkan bank untuk wanita ini, kami di
kementerian tidak akan berputus asa dalam usaha ini dan akan terus
mendesak untuk meminta supaya ia ditubuhkan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Senator Mumtaz
Md Nawi, yang ingin tahu sama ada kementerian bercadang mewujudkan
bank wanita, pada persidangan Dewan Negara di sini, Khamis.

Shahrizat berkata daripada pemerhatiannya, bank wanita perlu
ditubuhkan kerana beliau mendapati ada kaum wanita yang berniaga
ataupun ingin membuat pinjaman merasa tidak selesa untuk pergi kepada
bank-bank sedia ada yang mungkin tidak mesra wanita atau mesra
keluarga.

Beliau berkata sehingga cadangan itu menjadi kenyataan, pihaknya
berharap Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dapat memainkan peranan menjadi
bank tidak rasmi untuk wanita, terutama kepada mereka yang mahu
membuat pinjaman perniagaan.

Menjawab soalan asal Senator Ahmad Rusli Iberahim berkenaan
usaha-usaha kerajaan membantu menambah pendapatan suri rumah khususnya
ibu tunggal Shahrizat berkata, kementerian menerusi Jabatan
Pembangunan Wanita (JPW) melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk
program Inkubator Kemahiran Wanita (I-KIP).

Beliau berkata program itu menawarkan peluang kepada mereka yang
berminat dengan dunia keusahawanan untuk dilatih dan dibimbing dalam
enam bidang kemahiran seperti, seni jahitan, terapi kecantikan,
masakan komersil, kraftangan, asuhan kanak-kanak dan pelancongan.

"Sejak 2008 hingga 2010, seramai 1,699 ibu tunggal dilatih di mana 132
menjadi usahawan, dan selebihnya menjalankan perniagaan dari rumah
atau berjaya mendapatkan pekerjaan berbekalkan kemahiran yang
diperolehi," katanya.

SKIM PERKHIDMATAN BARU AIM 2011

SKIM PERKHIDMATAN BARU AIM 2011
Kuala Lumpur - Satu Mesyuarat Kerangka Dasar Skim Gaji 2011
akan di adakan berkemungkinan pada bulan Mei ini. Mesyuarat
ini penting dalam merangka Skim Perkhidmatan Baru Amanah
Ikhtiar Malaysia yang akan berkuatkuasa Tahun 2011.

Semoga Mesyuarat ini akan berjaya melangsungkan Skim
Perkhidmatan Baru yang akan memberikan manfaat kepada semua
kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia.

Kepaim amat mengharapkan semua kakitangan berdoa semoga
urusan ini dipermudahkan ALLAH dan akan menyebabkan semua
pihak berpuashati dengan Skim Perkhidmatan Baru Kakitangan
Amanah Ikhtiar Malaysia 2011.