29 February 2012

PELUANG PEKERJAAN

PELUANG KERJAYA
DI AMANAH IKHTIAR MALAYSIA
AMANAH IKHTIAR MALAYSIA, sebuah badan Amanah Persendirian di bawah The Trustee (Incorporation) Act 1952 (Revised 1981) bertujuan mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui Skim Pembiayaan Ikhtiar mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

1. Nama Jawatan : PENYELIA BANGUNAN/PEMBANTU TEKNIK (AWAM)
Gaji dan Elaun : Boleh dirunding

Kelayakan

* Memiliki Diploma Kejuruteraan Awam atau Diploma Perkhidmatan
Bangunan dari Institusi yang diiktiraf.
* Berpengalaman 3 tahun dalam bidang penyelenggaraan bangunan.
* Boleh berkomunikasi dengan baik dan berkesan.
* Mempunyai daya kepimpinan yang baik.
* Berpengetahuan Komputer (MS Office)
* Mahir Bahasa Inggeris.

2 Nama Jawatan : CHARGEMAN / JURUTEKNIK ELETRIK
Gaji dan Elaun : Boleh dirunding

Kelayakan

* Memiliki Sijil Kompeten Penjaga Jentera BO yang diiktiraf.
* Berpengalaman 2 tahun berkenaan penyelenggaraan bangunan
(pendawaian bangunan) diutamakan.
* Boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum, berfikiran positif,
kreatif dan boleh menyelesaikan masalah.
* Memiliki pengetahuan berkaitan sistem cegah kebakaran (Addressable)
dan penghawa dingin (multi task).
* Mempunyai kenderaan dan lesen memandu yang sah.
* Berpengetahuan computer (MS Office) satu kelebihan.
* Mahir Bahasa Inggeris.

3 Nama Jawatan : PEMBANTU PENYELENGGARAAN
Gaji dan Elaun : Boleh dirunding

Kelayakan

* Lulus SPM/SPVM (minimum 5C) termasuk kepujian Bahasa Malaysia.
* Mempunyai sijil kemahiran yang diiktiraf berkenaan penyelenggaraan
bangunan.
* Mempunyai kemahiran asas berkaitan system perpaipan.
* Bersedia melakukan kerja-kerja am bangunan dan lanskap.
* Berfikiran positif, mempunyai daya tahan yang tinggi dan boleh
bekerja dengan pengawasan minima.

4 Nama Jawatan : PELATIH PEMBANTU AMANAH
Gaji dan Elaun : RM 1798.00
Calon dari negeri Johor, Melaka dan N/Sembilan digalakan memohon.

Kelayakan

* Lulus SPM/SPVM (minimum 5C) termasuk Kepujian Bahasa Malaysia. Calon yang
mempunyai STPM dan Diploma digalakkan memohon.
* Boleh menunggang motorsikal dan memiliki motorsikal sendiri.
* Mempunyai lesen memandu B2 atau sekurang-kurangnya L (statik) - lesen
disertakan
* Boleh berkomunikasi dengan baik.
* Berat badan tidak melebihi 70 kg.
* Belum berkahwin
* Umur 20 hingga 27 tahun.

5 Nama Jawatan : PEMANDU / PEMBANTU PEJABAT
Gaji dan Elaun : RM 1408.00

Kelayakan

* Lulus SRP/PMR.
* Mempunyai tahap kesihatan yang baik dan tidak rabun warna.
* Mempunyai lesen memandu B2 & D yang sah ¡V lesen disertakan.
* Berat badan tidak melebihi 70 kg.
* Umur 25 hingga 39 tahun.

Calon yang berminat hendaklah menghantar surat permohonan ke alamat di bawah
bersama-sama dengan salinan sijil SPM,sijil, kad pengenalan, lesen dan gambar berukuran
pasport (tidak dikembalikan), sampul surat ekspres berukuran 4¡¨ x 9¡¨ beralamat sendiri.
Permohonan hendaklah sampai sebelum atau pada 09hb Mac 2012.

PENOLONG PENGARAH PERJAWATAN
Ibu Pejabat, Amanah Ikhtiar Malaysia
Menara Amanah Ikhtiar
No. 3, Jalan Cempaka SD12/1A
Bandar Sri Damansara, PJU9
52200 Kuala Lumpur.
Tel: 03-6274 8879 Faks: 03-6274 8863


PELUANG KERJAYA
DI AMANAH IKHTIAR MALAYSIA
AMANAH IKHTIAR MALAYSIA, sebuah badan Amanah Persendirian di bawah The Trustee (Incorporation) Act 1952 (Revised 1981) bertujuan mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui Skim Pembiayaan Ikhtiar mempelawa calon (bangsa India) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Projek Pilot Khas untuk kaum India. Kekosongan jawatan adalah seperti berikut :

1. Nama Jawatan : PENGURUS PROJEK (BANGSA INDIA )
Gaji dan Elaun : RM 3730.00

Taraf Jawatan : KONTRAK

Kelayakan

* Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Ekonomi atau Kewangan.
* Mempunyai CGPA 2.8 ke atas.
* Ada ciri-ciri kepimpinan dan boleh berkomunikasi dengan baik.
* Boleh berbahasa Melayu dan Tamil dengan baik.
* Mempunyai lesen memandu B2 atau sekurang-kurangnya L (statik) ¡V lesen
disertakan.
* Keutamaan kepada calon yang sanggup bertugas di luar daerah sendiri.
* Berat badan tidak melebihi 70 kg dan belum berkahwin.
* Berumur 26 hingga 30 tahun dan sihat tubuh badan.

2. Nama Jawatan : PEMBANTU PROJEK (BANGSA INDIA )
Gaji dan Elaun : RM 2160.00
Taraf Jawatan : KONTRAK

Kelayakan

* Lulus SPM/SPVM (minimum 5C) termasuk kepujian Bahasa Melayu. Calon yang
mempunyai STPM dan Diploma digalakkan memohon.
* Boleh menunggang motorsikal dan memiliki motorsikal sendiri.
* Mempunyai lesen memandu B2 atau sekurang-kurangnya L (statik) ¡V lesen
disertakan
* Boleh berkomunikasi dengan baik dan sihat tubuh badan.
* Boleh berbahasa Melayu dan Tamil dengan baik.
* Berat badan tidak melebihi 70kg dan belum berkahwin.
* Berumur 20 hingga 27 tahun.

Calon yang berminat hendaklah menghantar surat permohonan ke alamat di bawah bersama-sama dengan salinan Ijazah, transkrip, sijil SPM, sijil lahir, kad pengenalan, sijil-sijil berkaitan, sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) dan sampul surat beralamat sendiri. Permohonan hendaklah sampai sebelum atau pada 9hb Mac 2012. Sila tuliskan nama jawatan pada penjuru kanan sampul surat.
PENOLONG PENGARAH PERJAWATAN
Ibu Pejabat, Amanah Ikhtiar Malaysia
Menara Amanah Ikhtiar
No. 3, Jalan Cempaka SD12/1A
Bandar Sri Damansara, PJU9
52200 Kuala Lumpur.
Tel: 03-6274 8875 Faks: 03-6274 8863

PELUANG KERJAYA
DI AMANAH IKHTIAR MALAYSIA
AMANAH IKHTIAR MALAYSIA, sebuah badan Amanah Persendirian di bawah The Trustee (Incorporation) Act 1952 (Revised 1981) bertujuan mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui Skim Pembiayaan Ikhtiar mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

2. Nama Jawatan : JURUANALISA SISTEM
Gaji dan Elaun : Boleh dirunding

Kelayakan

* Mempunyai Ijazah Sains Komputer dengan Kepujian
* Pengalaman kerja 1 ¡V 2 tahun
* Berkemahiran Pengaturcaraan: VB6, VB.NET, ASP.NET, PHP, SQL database
Server, Microsoft Acces Database, MySQL dan Seagate Crystal Report.
* Berkebolehan menguruskan Aplikasi dan menyelesaikan masalah sistem dengan
segera.
* Boleh bekerja lebih masa, bekerja luar, bekerja berseorangan dan
berkumpulan.

3. Nama Jawatan : JURUTERA SISTEM
Gaji dan Elaun : Boleh dirunding

Kelayakan

* Mempunyai Ijazah Sains Komputer dengan Kepujian
* Pengalaman kerja 1 ¡V 2 tahun
* Berkemahiran menguruskan projek dan perkhidmatan ICT dengan teratur.
* Mahir mengendalikan projek dan perkhidmatan teknikal.
* Mahir menganalisa masalah teknikal dan keperluan projek.
* Boleh bekerja lebih masa, bekerja luar, bekerja berseorangan dan berkumpulan.

4. Nama Jawatan : PENGATURCARA KOMPUTER
Gaji dan Elaun : Boleh dirunding

Kelayakan

* Memiliki Diploma Sains Komputer
* Pengalaman kerja 1 ¡V 2 tahun
* Berkemahiran Pengaturcaraan: VB6, VB.NET, ASP.NET, PHP, SQL database
Server dan Seagate Crystal Report.
* Boleh bekerja lebih masa, bekerja luar, bekerja berseorangan dan berkumpulan

3 Nama Jawatan : JURU TEKNIK IT
Gaji dan Elaun : Boleh dirunding

Kelayakan

* Memiliki Diploma/Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau pemprosesan
data atau kejuruteraan eletronik yang diiktiraf oleh kerajaan
* Kepujian Bahasa Malaysia di peringkat SPM ( lulus Ujian Lisan )
* Berpengalaman 2 tahun dalam bidang berkaitan
* Berkemahiran menyelenggarakan perkakasan IT, aplikasi dan eletronik.
* Calon untuk semua jawatan mestilah berumur 25 - 30 tahun.

Calon yang berminat hendaklah menghantar surat permohonan ke alamat di bawah bersama-sama dengan salinan sijil-sijil berkaitan, gambar berukuran passport (tidak dikembalikan), sampul surat ekspres berukuran 4¡¨ x 9¡¨ beralamat sendiri (sila tulis nama jawatan di penjuru kiri sampul surat). Permohonan hendaklah sampai sebelum atau pada 9hb Mac 2012.

PENOLONG PENGARAH PERJAWATAN
Ibu Pejabat, Amanah Ikhtiar Malaysia
Menara Amanah Ikhtiar
No. 3, Jalan Cempaka SD12/1A
Bandar Sri Damansara PJU9
52200 Kuala Lumpur.
Tel: 03-6274 8810 Faks: 03-6274 8809

28 February 2012

Buka 70 koperasi AIM

CEMERLANG sebagai badan yang memberi pembiayaan mikro kredit selama 25 tahun, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) terus komited untuk mengukuhkan perkhidmatannya dan memberi manfaat kepada ahlinya (Sahabat) apabila memperuntukkan RM4 juta bagi membuka 70 Koperasi AIM tahun ini.

Pengerusi Lembaga AIM, Datuk Amihamzah Ahmad berkata, pihaknya menyasarkan setiap cawangan akan mempunyai Koperasi AIM dan menjelang 2015 dijangka terdapat 133 cawangan di seluruh negara.

Katanya, objektif utama penubuhan koperasi itu adalah untuk memudahkan aktiviti Sahabat AIM dan seterusnya dividen yang diperoleh juga akan menjadi satu sumber tambahan pendapatan Sahabat.

“Sekarang terdapat 113 cawangan AIM di seluruh Malaysia termasuk Sabah serta Sarawak dan kami sendiri akan menyediakan geran bernilai RM50,000 bagi setiap penubuhan koperasi manakala kementerian koperasi pula akan menambah lagi RM10,000 untuk permulaan aktiviti koperasi.

“Bagi bentuk perniagaan pula akan ditentukan sendiri oleh ahli lembaga koperasi berkenaan yang mana dilihat mampu menjana pendapatan untuk semua ahlinya dan paling penting kami mahu pendapatan Sahabat dapat dijana dari pelbagai sumber,” katanya pada sidang media di Majlis Ramah Mesra AIM bersama media di Petaling Jaya, kelmarin. Hadir sama, Pengarah Urusan AIM, Datuk Zabidah Ismail.

Amihamzah berkata, 13 peratus daripada lebih 300,000 Sahabat AIM pada masa ini sudah mencapai taraf ekonomi melebihi RM3,500 sebulan dan pihaknya yakin menjelang 2020 semuanya akan memperoleh pendapatan isi rumah pada paras yang lebih selesa.

Beliau berkata, pihaknya juga merancang untuk menubuhkan Akademi Pembangunan Usahawan AIM dengan objektif utama memberi latihan dan ilmu kepada semua usahawan mikro kredit di Malaysia dan sekarang pihaknya masih dalam proses mengenal pasti lokasi yang sesuai.

“Kami mahu akademi ini nanti bukan saja untuk pembangunan serta latihan kepada Sahabat AIM saja, tetapi termasuk usahawan dari agensi lain termasuk mikro kredit dari luar negara seperti Indonesia dan Myanmar,” katanya.

Sementara itu, Zabidah berkata tahun ini AIM memperuntukkan dana pembiayaan RM1.867 bilion kepada Sahabat AIM seluruh Malaysia dan menyasarkan untuk meningkatkan 57,594 lagi Sahabat baru yang akan menyertai AIM berbanding 332,369 Sahabat setakat ini.

13 February 2012

APAKAH TAHAP HUTANG ANDA

Untuk mengetahui sama ada anda terlalu banyak berhutang, gunakan nisbah di bawah yang membandingkan nisbah pendapatan bulanan anda dengan pinjaman perumahan, bayaran kad kredit dan ansuran pinjaman kenderaan anda.

Anda harus ingat bahawa pemiutang akan sentiasa merujuk kepada nisbah pendapatan/hutang anda untuk memastikan kedudukan kewangan anda. Oleh itu sentiasa kawal pendapatan dan hutang anda dengan tip-tip berikut:

Meminjam secara berhemat

Jangan meminjam lebih daripada apa yang anda mampu bayar dengan pendapatan anda. Jika anda mengira
tahap kemampuan kewangan anda, jangan lupa untuk menyertakan kos-kos tambahan yang mungkin ada.
Contohnya jika anda ingin membeli kereta, anda juga perlu mengambil kira perbelanjaan untuk minyak, bayaran tol dan penyelenggaraan.

Urus kad kredit anda dengan bijak

Cuba jelaskan baki anda setiap bulan untuk mengelakkan daripada dikenakan faedah. Caj faedah kad kredit
selalunya lebih tinggi berbanding jenis-jenis pinjaman lain.

Kurangkan hutang anda

Cuba kurangkan jumlah hutang anda jika mempunyai wang tambahan untuk mengurangkan caj faedah.

Gunakan kaedah pembayaran bil secara automatik

Cari kemudahan pembayaran automatik agar bil anda sentiasa dibayar tepat pada waktunya.

Buat belanjawan

Sediakan satu belanjawan dan berbelanjalah mengikut pelan itu.

Mulakan simpanan

Mulakan pelan simpanan anda untuk mengurangkan keperluan untuk meminjam bagi sebarang pembelian
kecil. Pelan simpanan ini juga berguna pada waktu kecemasan atau kesusahan, seperti untuk menampung
hidup anda jika anda kehilangan kerja.

Bagaimana menjadi usahawan berjaya

Tiada syarat khusus untuk berjaya dalam perniagaan. Rata-rata daripada kita telah tahu apakah ‘rahsia’ kejayaan seperti bersungguh-sungguh, rajin berusaha, sentiasa belajar, sabar, cekal, mempunyai impian dan banyak lagi.

Persoalan menarik di sini adalah, walaupun kita sudah tahu rahsia-rahsia itu, mengapa kita masih membeli buku-buku motivasi ataupun buku-buku yang berkaitan dengan cara berjaya dalam perniagaan?

Jawapannya adalah, kita ingin menegaskan kepada diri bahawa rahsia-rahsia tadi adalah betul. Semakin banyak buku yang dibaca dan di dalam buku itu dinyatakan rahsia-rahsia itu, semakin kita yakin bahawa untuk berjaya kita perlu melakukan perkara-perkara itu.

Usahawan perlu terus berusaha dan melangkah ke hadapan. Lakukan sahaja tanpa terlalu banyak berfikir dan merisaukan sesuatu yang belum pasti berlaku. Tetapkan diri agar sentiasa positif. Berdoa kepada ALLAH adalah satu-satunya senjata terbaik agar hati kita tidak mudah goyah!

Bagaimana mengubah diri ke arah yang lebih baik?

Tidak kira usahawan ataupun tidak, setiap orang pasti mahu mengubah diri ke arah yang lebih baik.

Berikut adalah empat langkah yang boleh dipraktikkan untuk merubah diri secara sedikit demi sedikit:

1. Akui diri sebagai manusia yang lemah. Perlu kita mengakui bahawa kita adalah manusia yang lemah. Hanya ALLAH sahaja yang sempurna. Apabila kita akui hal ini, maka kita akan tetap bermotivasi untuk hidup dan proses untuk menjadi manusia yang lebih baik akan menjadi lebih mudah.

2. Sentiasa berdoa mengharapkan bimbingan, perlindungan dan bantuan daripada ALLAH SWT agar kita sentiasa dipermudahkan untuk menjadi manusia yang diredai-Nya.

3. Kurangkan aktiviti-aktiviti yang tidak berguna untuk dunia dan akhirat. Sebagai usahawan, kita perlu mengurangkan perkara yang membazir masa seperti melayari laman web sosial tanpa tujuan dan matlamat. Gunakan ia untuk bisnes sahaja dan elakkan berlebih-lebihan.

4. Keterbalikan untuk perkara ke-3 di atas, kita tukarkan perkara yang tidak bermanfaat dengan perkara yang lebih berguna seperti memperbanyakkan membaca buku, menyertai seminar, belajar ilmu Agama (atau kuliah Agama) dan sebagainya. Hanya ilmu yang akan dapat menjadikan kita lebih baik daripada hari semalam.

Lakukan empat langkah di atas secara konsisten pada setiap hari, dan lakukan ‘review’ terhadap perkembangan semasa. Apabila kita sentiasa melihat pada tahap mana perkembangan kita, maka lebih mudah untuk kita merancang dan berusaha untuk terus merubah diri ke arah yang lebih hebat!

Awas penyakit mati rosot betik







POKOK yang sihat menghasilkan betik berkualiti.
BUAH betik yang kaya dengan vitamin B2, C dan beta-karotene digemari dan dimakan secara segar oleh orang ramai. Buah betik bukan sahaja mendapat permintaan baik dari pengguna tempatan, malah mempunyai potensi untuk dieksport ke luar negara seperti China, Jepun, Eropah dan Amerika.

Kini, tanaman betik dan industri betik negara diancam sejenis penyakit yang dikenali sebagai penyakit mati rosot atau dieback disease.

Penyakit ini disebabkan oleh bakteria Erwinia papayae dan menyebabkan kerosakan serius pada pokok dan kehilangan hasil buah betik sehingga 100 peratus.

Kesemua varieti betik iaitu Eksotika, Hong Kong, Solo dan Sekaki didapati diserang oleh penyakit mati rosot dan penyakit betik dikesan berlaku di hampir semua negeri di Semenanjung Malaysia.

Tanda-tanda penyakit

Penyakit mati rosot ini menyerang semua bahagian pokok betik termasuk pucuk, daun, pelepah daun, batang dan buah betik.

Terdapat tanda-tanda yang jelas pada bahagian-bahagian tanaman betik yang diserang oleh penyakit mati rosot ini.

* Pucuk

Terdapat tanda lecuh basah (water-soaked) dan nekrotik kehitaman pada bahagian antara pucuk dan pelepah. Pucuk kemudian reput dan terkulai.

* Daun

Kelihatan tanda lecuh basah pada tepi dan hujung daun. Urat daun dan sepanjang urat daun menjadi nekrotik kehitaman.

* Pelepah daun

Terdapat tanda lecuh basah dan nekrotik kehitaman pada bahagian hujung pelepah. Daun akhirnya terkulai.

* Batang

Terdapat tanda lecuh basah pada batang pokok betik yang diserang oleh penyakit mati rosot ini.

* Buah

Terdapat tompok-tompok hitam pada kulit buah, manakala isi buah kelihatan lecuh basah.

Cara merebak

Bakteria Erwinia papayae ini hidup dalam tanah. Bakteria ini boleh merebak dari satu kawasan ke kawasan lain melalui tanah dan air dan menyerang pokok betik yang sihat.

Punca penyakit atau patogen dalam tanah ini turut boleh dibawa oleh manusia dan kenderaan.

Apa perlu dibuat?

Penyakit mati rosot adalah penyakit yang digazetkan sebagai berbahaya di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976.

Petani dikehendaki memeriksa anak benih betik di tapak semaian dan pokok betik yang baru ditanam serta pokok betik besar dan berbuah setiap minggu.

Sekiranya anak benih atau pokok betik menunjukkan tanda-tanda penyakit mati rosot, musnahkan dengan segera.

Tujuannya ialah untuk mengelakkan penyakit tersebut merebak dari satu ladang ke ladang yang lain dan menjadi ancaman kepada industri tanaman betik negara.

Cara memusnahkan pokok berpenyakit

Bagi ladang betik kecil dan pokok yang ditanam di sekeliling rumah, tebang pokok betik yang berpenyakit dan gali keluar bersama akarnya.

Longgokan bahagian-bahagian yang dipotong dan kemudian bakar.

Selain membakar, bahagian-bahagian pokok betik berpenyakit yang dipotong boleh dimasukkan ke dalam satu lubang dan timbus.

Bagi ladang betik yang besar, jentera digunakan untuk menggali keluar pokok betik berpenyakit bersama dengan akar dan kemudian dilonggokkan di satu tempat, dibakar atau dimasukkan ke dalam lubang besar menggunakan jentera dan timbus.

Denda

Mengikut Seksyen 11, Akta Kuarantin Tumbuhan 1976, petani yang enggan memusnahkan tanaman betik yang diserang oleh penyakit mati rosot dianggap melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda sehingga RM10,000.

Ingin menanam betik?

Sekiranya anda ingin menanam betik, patuhi Amalan Pertanian Baik yang disyorkan.

Pilih satu kawasan penanaman yang tiada penyakit mati rosot dan elakkan menanam di kawasan yang telah mengalami serangan penyakit ini selama setahun.

Pastikan anda menggunakan biji benih dan anak benih betik yang sihat dan bebas dari penyakit mati rosot ini.

Anda dinasihatkan untuk sentiasa memeriksa pokok betik anda dan memusnahkannya segera sekiranya ia didapati diserang oleh penyakit mati rosot ini.

Jangan biarkan buah betik yang gugur dan rosak di ladang kerana ia boleh menjadi punca perebakan penyakit mati rosot ini. Kutip dan musnahkan.

Berikan pokok betik anda pembajaan yang cukup dan buangkan rumpai yang dijumpai dalam ladang supaya pokok betik tumbuh dengan cergas dan sentiasa berada dalam keadaan sihat.

Penyakit mati rosot boleh juga disebarkan melalui peralatan ladang seperti cangkul dan parang.

Oleh yang demikian, ia perlulah dibersihkan dengan bahan pembasmi kuman selepas menggunakannya.

Begitu juga bakul-bakul perlu dibersihkan dengan air sebelum di bawa masuk ke ladang untuk diisikan dengan buah.

Sediakan tapak pencuci yang diisi dengan bahan basmi kuman di pintu masuk ladang bagi membersihkan tayar kenderaan yang memasuki ladang.

Ini adalah kerana penyakit mati rosot ini boleh juga merebak melalui tanah yang terlekat pada tayar kenderaan.

Akhir sekali, jangan benarkan pelawat dan kenderaan yang tidak berkenaan memasuki ladang.

Hubungi Jabatan Pertanian terdekat bagi mendapat maklumat lanjut atau layarai laman sesawang www.doa.gov.my
UTUSAN

Petua Tanam Ubi Kayu Boleh Kaya

Ini Petua lama, tetapi HEBAT.

Kepada anda yang nak menanam Ubi Kayu supaya isinya lebih banyak dan berkualiti tinggi, gunakan petua ini, tak payah guna modal sesen pun, cuma guna sedikit tenaga je, hasilnya 2 -3 kali ganda anda akan perolehi.

Seringkasnya. Inilah petuanya.

Ambilkan batang Ubi Kayu potong-potong simpan ditempat sejuk 1 -2 hari sehingga getahnya hilang.
Langkah kedua belah dua atau empat bahagian bawah batang Ubi yang telah dipotong-potong untuk dijadikan benih tanaman tadi. Bukakan belahan tadi, sekang dengan sedikit batu kecil ke atau apa-apa je bahan supaya kelihatan terkangkang sedikit bahagian belahan tadi.

Langkah ketiga tanamlah batang Ubi Kayu tadi diatas batas atau lubang tanaman yang telah digembur tanahnya.

Penjagaannya - jangan biarkan batang Ubi kayu yang hidup menjadi lebih aripada 1 batang. Jika lebih cantas atau buang. biarkan hanya sebatang induk pokok Ubi kayu yang membesar hidup.

Selepas 8 bulan anda cabut Ubi Kayu tadi dan lihat lah hasilnya. Pasti isi Ubi lebih banyak, besar dan padat.

Mengamalkan petua ni tak susah pun, hasilnya lebih.