13 February 2012

Bagaimana menjadi usahawan berjaya

Tiada syarat khusus untuk berjaya dalam perniagaan. Rata-rata daripada kita telah tahu apakah ‘rahsia’ kejayaan seperti bersungguh-sungguh, rajin berusaha, sentiasa belajar, sabar, cekal, mempunyai impian dan banyak lagi.

Persoalan menarik di sini adalah, walaupun kita sudah tahu rahsia-rahsia itu, mengapa kita masih membeli buku-buku motivasi ataupun buku-buku yang berkaitan dengan cara berjaya dalam perniagaan?

Jawapannya adalah, kita ingin menegaskan kepada diri bahawa rahsia-rahsia tadi adalah betul. Semakin banyak buku yang dibaca dan di dalam buku itu dinyatakan rahsia-rahsia itu, semakin kita yakin bahawa untuk berjaya kita perlu melakukan perkara-perkara itu.

Usahawan perlu terus berusaha dan melangkah ke hadapan. Lakukan sahaja tanpa terlalu banyak berfikir dan merisaukan sesuatu yang belum pasti berlaku. Tetapkan diri agar sentiasa positif. Berdoa kepada ALLAH adalah satu-satunya senjata terbaik agar hati kita tidak mudah goyah!

1 comment:

  1. assalamualaikum,

    Di sini saya ada beberapa soalan berkenaan perspektif AIM itu sendiri:

    1. Bagaimanakah pihak AIM meletakkan projek sahabat AIM itu sendiri sebagai usahawan berjaya?

    2. Adakah peminjam skim I-Wawasan boleh dikategorikan sebagai usahawan berjaya disebabkan sahabat itu mampu membayar balik pinjaman AIM secara mingguan?

    Diharap pihak AIM dapat membantu bagi persoalan yang timbul. Terima kasih.

    ReplyDelete