31 May 2011

PROGRAM KEWANGAN MIKROBANDAR

Pengenalan

AIM menawarkan skim pembiayaan yang mudah (tanpa cagaran dan penjamin) dengan melibatkan golongan sasaran yang khusus, pemantuan yang rapi, pematuhan disiplin kredit yang tinggi, kakitangan yang profesional dan sokongan padu oleh kerajaan.

Kaedah yang digunakan oleh AIM terbukti berkesan dan berjaya mengeluarkan sejumlah besar isi rumah dari belenggu kemiskinan di samping melahirkan ramai usahawan kecil yang berdaya saing. Kejayaan AIM selama lebih 20 tahun ini kini digunakan sepenuhnya untuk mengurangkan kemiskinan di kawasan bandar. Pelaksanaan Program Kewangan Mikro Bandar (PKMB) menjadi pelengkap kepada kaedah mikrokredit ikhtiar yang memberikan impak besar kepada program-program pengurangan kemiskinan.

Objektif
•Menggembleng potensi bekerja sendiri (self-employment) di kalangan isi rumah miskin dan golongan berpendapatan rendah.

•Menyebarluaskan pendekatan kewangan mikro AIM kepada golongan miskin dan golongan berpendapatan rendah di bandar.

Syarat-syarat Kelayakan
• Warganegara Malaysia

•Isi rumah di kawasan bandar yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan atau perkapita di bawah RM400 sebulan.

•Memiliki aset tidak melebihi RM50,000.

•Taraf residensi melebihi 2 tahun di lokaliti kediaman atau lokaliti perniagaan.

Syarat-syarat Pembiayaan

•Pembiayaan tanpa cagaran dan penjamin.
•Bersetuju membentuk kumpulan 5 orang ahli dan menjalani latihan asas pembiayaan selama 5 hari (1 hari sejam).
•Bersetuju menubuhkan pusat.
•Menghadiri Mesyuarat Pusat setiap minggu.
•Bersetuju menyumbang 1% daripada pembiayaan ekonomi ke dalam Tabung Kumpulan.
•Bersetuju menabung dalam Tabung Kumpulan sebanyak RM5 seminggu.
•Bayaran balik secara mingguan.
•Mencarum dalam Tabung Khairat Hutang (TKH)
•Caj pembiayaan 1% sebulan

No comments:

Post a Comment