09 January 2013
Memperkasakan mobiliti Sahabat
Lebih 300 ribu Sahabat Amanah Ikhtiar
Malaysia (AIM) memainkan peranan
yang penting dalam menentukan
kesinambungan pembiayaan modal untuk
perniagaan yang diceburi.
Sejajar dengan penambahbaikan dan
keperluan agenda transformasi yang
menjadi bidang utama keberhasilan
kerajaan kini, AIM mengambil inisiatif
awal menganjurkan seminar rangkaian
perniagaan melalui konsep koperasi di
bawah modul latihan pemantapan perniagaan yang telah diadakan pada 19 Disember 2012 di
The Regency, Alor Setar.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dr. Zubir bin Harun, Ahli Lembaga AIM. Beliau
menyentuh mengenai kepentingan Sahabat diberi pendedahan berkaitan manfaat perniagaan
melalui konsep rantaian koperasi serta pelbagai strategi penting meliputi aspek pemasaran penjenamaan dan pembungkusan.
Justeru, penubuhan Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia pada Ogos lalu dilihat sebagai
langkah bijak dan tepat pada masanya bagi memperkasakan modal insan, meningkatkan
kecekapan dan mengagihkan pendapatan tahunan kepada Sahabat melalui pelbagai bidang yang diceburi seperti peruncitan, pembuatan, pembangunan hartanah, perladangan dan sebagainya.
Lebih 150 orang Sahabat yang terdiri daripada Lembaga Perwakilan Sahabat (LPS), Ketua-ketua Pusat sekitar Alor Setar serta Pengurus-pengurus Cawangan AIM peringkat Wilayah Kedah telah menghadiri seminar anjuran Unit Pembangunan Usahawan (UPU) dengan kerjasama SIRIM ini. “Seminar ini juga bertujuan melihat keupayaan koperasi untuk memobilisasikan dana yang diperolehi melalui sumbangan ahli-ahli koperasi bagi mendokong kejayaan koperasi sebagai entiti pelaburan yang sah sepertimana koperasi-koperasi di PNB, LUTH, LTAT, Koperasi Felda dan Bank Rakyat sebagai contoh,” kata Dr. Zubir lagi.
Pembentangan kertas kerja telah disempurnakan oleh Encik Che Mahdi Idris, Penolong Pengarah UPU dan konsultan SIRIM, Puan Rohaizat Maarof.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment