25 June 2012

MENYANTUNI ADAB BERKENAAN HUTANG
Adab Orang yang berHUTANG
1.TIDAK BERHUTANG KECUALI DALAM KEADAAN DARURAT
Seseorang itu tidak dibolehkan berhutang untuk membeli sesuatu dan bermegah-megah denganya atau berniat untuk melakukan perkara yang dilarang oleh Allah dengan wang pinjaman tersebut.
2.NIAT UNTUK MENJELASKAN HUTANG
Berniatlah untuk menjelaskan hutang kerana Allah akan membantunya
3.BERUSAHA UNTUK BERHUTANG DENGAN ORANG YANG SOLEH
Orang yang soleh tidak akan mencemarkan nama baik orang yang berhutang,menyebarkan tentang hutang tersebut dan tidak mengungkit-ungkit pemberiannya.
4.SESUAI DENGAN KEMAMPUAN
Berusaha untuk meminimumkan kadar hutang mencukupi untuk memenuhi keperluan dan bukan menampun kehendak diri sendiri.
5.MELUNASKAN HUTANG PADA WAKTUNYA DAN TIDAK TERTANGGUH-TANGGUH
Rasulullah s.a.w bersabda,Maksudnya:"orang yang menunda untuk melunaskan hutang(padahal dia boleh melunasinya) ialah orang yang zalim."(Riwayat al-Bukhari dan muslim)
Adab Orang yang DIHUTANG 1.MEMASANG NIAT YANG BAIK KETIKA MEMBERI HUTANG
Berniatlah untuk menolong seseorang kerana Allah dan mendapat pahala atas perbuatan tersebut.Allah menyukai seseorang yang membantu saudaranya keluar daripada kesusahan.
2.BERSIKAP BAIK APABILA INGIN MENUNTUT HUTANG
Apabila ingin menuntut hutang,bersikaplah lemah lembut dan bermurah hati.Jangan mencaci penghutang atas kekurangannya dan memburukkan nama baiknya.
3.BERTOLAK ANSUR KEPADA PENGHUTANG
Antaranya dengan memberikan tempoh waktu yang sewajarnya untuk menjelaskan hutang,Janganlah membelenggu penghutang dengan tempoh waktu yang singkat untuk dia menjelaskan hutang.Allah menjanjikan keselamatan pada hari kiamat bagi orang yang memudahkan urusan orang sukar membayar hutang.
4.MENGHAPUSKAN HUTANG BAGI ORANG TIDAK MAMPU MEMBAYARNYA
Rasulullah bersabda, maksudnya:"Terdapat seseorang pedagang suka memberi hutang kepada manusia.Apabila melihat ada yang tidak mampu membayarnya,dia berkata kepada pembantunya:"Maafkan sahaja dan hapuskan hutangnya.'maka Allah pun memaafkan (dosa-dosanya)."(Riwayat al-Bukhari) Adab Berkenaan HUTANG PIUTANG
1.MENULIS PERKARA BERKAITAN HUTANG
Allah memerintahkan untuk mencatatkan segala urusan hutang piutang seperti terdapat dalah surah al-Baqarah ayat 282.Ia wahib dilakukan dengan sikap amanah dan secara terperinci.Selain itu,ia dilakukan untuk menjaga nama baik orang yang berhutang dan menghindari dirinya daripada tuduhan tidak bertanggungjawab atau tidak memegang amanah.
2.ADA SAKSI
Urusan Hutang piutang perlu disaksikan oleh 2 orang lelaki yang adil dan boleh dipercayai sebagai penguat bagi catatan hutang yang telah dibuat.Jika tiada ,hadirkan seorang lelaki dan seorang perempuan sebagai saksi.

No comments:

Post a Comment