28 June 2012

WAKTU YANG BAIK UNTUK BERDOA Pada malam qadar (sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan)
• Pada hari Arafah ( 9 Zulhijjah di kala jemaah haji wukuf di Arafah)
• Pada bulan Ramadhan
• Pada malam Jumaat
• Pada hari Jumaat
• Waktu berjumaat, lebih-lebih lagi ketika imam duduk di mimbar sampai imam mengucapkan salam
• Pada tengah malam
• Seperdua malam yang kedua (sesudah jam 12 malam)
• Sepertiga malam yang pertama (jam 6 sampai 10 malam)
• Sepertiga malam yang terakhir (sesudah jam 2 malam)
• Pada waktu sahur (sebelum fajar)
• Sesudah berwuduk
• Ketika orang azan untuk sembahyang
• Antara azan dan iqamat
• Ketika orang mengucapkan iqamat
• Ketika berbaris (jalan bersama) menuju medan perang sabil
• Di dalam pertempuran di medan perang
• Di akhir tiap-tiap sembahyang fardu
• Pada waktu sedang sujud (dalam solat atau di luar solat)
• Ketika sedang membaca Al-Quran
• Setelah tamat membaca Al-Quran
• Ketika minum air zamzam
• Pada waktu ayam jantan berkokok (pda waktu pagi)
• Pada saat berkumpulnya kaum muslimin kerana agama
• Pada waktu berkumpul untuk berzikir (iaitu berkumpul untuk menyebut kebesaran Allah, bertakbir, bertahmid dan bertasbih, atau berkumpul membaca dan mempelajari Al-Quran, atau berkumpul menerima pelajaran agama Islam)
• Ketika menutupkan mata orang yang telah mati
• Pada waktu turun hujan
• Pada waktu tergelincir matahari pada hari Rabu

25 June 2012

APAKAH TAHAP HUTANG ANDA

Untuk mengetahui sama ada anda terlalu banyak berhutang, gunakan nisbah di bawah yang membandingkan nisbah pendapatan bulanan anda dengan pinjaman perumahan, bayaran kad kredit dan ansuran pinjaman kenderaan anda.

Anda harus ingat bahawa pemiutang akan sentiasa merujuk kepada nisbah pendapatan/hutang anda untuk memastikan kedudukan kewangan anda. Oleh itu sentiasa kawal pendapatan dan hutang anda dengan tip-tip berikut:

Meminjam secara berhemat

Jangan meminjam lebih daripada apa yang anda mampu bayar dengan pendapatan anda. Jika anda mengira
tahap kemampuan kewangan anda, jangan lupa untuk menyertakan kos-kos tambahan yang mungkin ada.
Contohnya jika anda ingin membeli kereta, anda juga perlu mengambil kira perbelanjaan untuk minyak,
bayaran tol dan penyelenggaraan.

Urus kad kredit anda dengan bijak

Cuba jelaskan baki anda setiap bulan untuk mengelakkan daripada dikenakan faedah. Caj faedah kad kredit
selalunya lebih tinggi berbanding jenis-jenis pinjaman lain.

Kurangkan hutang anda

Cuba kurangkan jumlah hutang anda jika mempunyai wang tambahan untuk mengurangkan caj faedah.

Gunakan kaedah pembayaran bil secara automatik

Cari kemudahan pembayaran automatik agar bil anda sentiasa dibayar tepat pada waktunya.

Buat belanjawan

Sediakan satu belanjawan dan berbelanjalah mengikut pelan itu.

Mulakan simpanan

Mulakan pelan simpanan anda untuk mengurangkan keperluan untuk meminjam bagi sebarang pembelian
kecil. Pelan simpanan ini juga berguna pada waktu kecemasan atau kesusahan, seperti untuk menampung
hidup anda jika anda kehilangan kerja.
CIRI PEMIMPIN DIREDAI
PEMIMPIN satu amanah dan bukannya tempat mencari kemuliaan sebab amanah ini akan ditanya di akhirat nanti.
Realitinya hari ini pemimpin dipuji, diberi sambutan dan tepuk sorak.
Siapalah tidak ghairah pasang angan-angan menjadi pemimpin, hingga ada yang berkata: “Asyik dia orang saja dapat, bila lagi giliran aku pula.”
Islam sejak beratus tahun lampau mencipta rekod kepemimpinan di pelbagai benua dan kota, terus melakarkan beberapa pra syarat agar pemimpin betul-betul ‘menjadi’ dan orang yang dipimpin menerima nikmat kepemimpinan, bukan hanya terpimpin selamat di dunia malah juga di akhirat nanti.
Syarat pertama pemimpin ialah iman. Dalam surah al-Kahfi Allah menyatakan iman itu ada tiga implikasi, iaitu 'imun', 'aman' dan 'amin.'
Imun maknanya kebal daripada maksiat dan kebal daripada rasuah. Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik, bukannya hipokrit. Manakala 'amin' pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah .
Syarat kedua ialah ilmu kepemimpinan. Kepemimpinan bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu.
Makna kepemimpinan ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap. Jika tidak ada ilmu, sepak terajang dan kerenah kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin.
Syarat ketiga ialah 'selfleadership.' Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin?
Perkataan 'leader' merujuk kepada tanggungjawab (al-mas'uliyah). Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Setiap kamu dalam pemimpin dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawab berdasarkan apa yang kamu pimpin.”
Syarat ini menggambarkan orang yang memimpin itu mampu bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti.
Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan mengkambing hitamkan orang lain demi keselamatan diri.
Syarat keempat ialah pemimpin memerlukan 'The Power Of Communication.' Ketika berinteraksi dengan pengikut akan menghadapi pelbagai kerenah, keinginan dan tuntutan yang semestinya mampu menenangkan mereka walaupun hajat tidak tertunai, bukannya putar belit.
Cara berkomunikasi ada empat:
1) Cakap mudah difahami, bahasa terang, arahan jelas tidak berbelit-belit.
2) Kesamaan. Setiap orang mudah didampingi, tidak ada tembok pemisah atau terlalu protokol. Pasangan berkahwin sebab banyak kesamaan antara mereka. Mereka nescaya bercerai jika ada banyak perbezaannya.
3) Ikhlas. Walaupun ikhlas terletak di hati dan tidak nampak dengan mata namun ia dapat dirasai. Jika tidak ikhlas seakan ada satu gelombang yang mengganggu perasaan orang yang dipimpin. Kata-kata tidak tajam tidak masuk di hati.
4) The power of service. Cakap hanya perlu pada tempatnya tetapi bertindak semestinya lebih banyak. Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian.
Rasanya elok juga disinggung sedikit perkara yang menambah komitmen moral seorang pemimpin berasaskan tafsir lima ayat surah al-Muddassir.
i- Bangun dan beri peringatan. Pemimpin mempunyai kepedulian sosial yang tinggi. Sekiranya di sekelilingnya terdapat perkara menyalahi kebenaran, dengan kuasanya dia akan meluruskannya.
ii-Mesti membasarkan Allah. Pemimpin perlu sentiasa ke depan tetapi jangan mendahului Allah.
iii- Bersihkan pakaiannya. Pakaian luar dan dalam iaitu hati biar turut bersih.
iv- Tinggalkan dosa.
v- Janganlah memberi sesuatu kerana ingin mendapat lebih banyak malah kalau boleh jangan ingat bahawa kita pernah memberi kepada seseorang.

MODEL MUSYAWARAH DALAM ORGANISASI

A) TIDAK MEMBUAT KEPUTUSAN TERBURU BURU
B) TIDAK BERMATI - MATIAN MEMPERTAHANKAN CADANGAN SENDIRI
C) MENGHARGAI SUMBANGAN
D) TIDAK MENOLAK TERUS IDEA
MENYANTUNI ADAB BERKENAAN HUTANG
Adab Orang yang berHUTANG
1.TIDAK BERHUTANG KECUALI DALAM KEADAAN DARURAT
Seseorang itu tidak dibolehkan berhutang untuk membeli sesuatu dan bermegah-megah denganya atau berniat untuk melakukan perkara yang dilarang oleh Allah dengan wang pinjaman tersebut.
2.NIAT UNTUK MENJELASKAN HUTANG
Berniatlah untuk menjelaskan hutang kerana Allah akan membantunya
3.BERUSAHA UNTUK BERHUTANG DENGAN ORANG YANG SOLEH
Orang yang soleh tidak akan mencemarkan nama baik orang yang berhutang,menyebarkan tentang hutang tersebut dan tidak mengungkit-ungkit pemberiannya.
4.SESUAI DENGAN KEMAMPUAN
Berusaha untuk meminimumkan kadar hutang mencukupi untuk memenuhi keperluan dan bukan menampun kehendak diri sendiri.
5.MELUNASKAN HUTANG PADA WAKTUNYA DAN TIDAK TERTANGGUH-TANGGUH
Rasulullah s.a.w bersabda,Maksudnya:"orang yang menunda untuk melunaskan hutang(padahal dia boleh melunasinya) ialah orang yang zalim."(Riwayat al-Bukhari dan muslim)
Adab Orang yang DIHUTANG 1.MEMASANG NIAT YANG BAIK KETIKA MEMBERI HUTANG
Berniatlah untuk menolong seseorang kerana Allah dan mendapat pahala atas perbuatan tersebut.Allah menyukai seseorang yang membantu saudaranya keluar daripada kesusahan.
2.BERSIKAP BAIK APABILA INGIN MENUNTUT HUTANG
Apabila ingin menuntut hutang,bersikaplah lemah lembut dan bermurah hati.Jangan mencaci penghutang atas kekurangannya dan memburukkan nama baiknya.
3.BERTOLAK ANSUR KEPADA PENGHUTANG
Antaranya dengan memberikan tempoh waktu yang sewajarnya untuk menjelaskan hutang,Janganlah membelenggu penghutang dengan tempoh waktu yang singkat untuk dia menjelaskan hutang.Allah menjanjikan keselamatan pada hari kiamat bagi orang yang memudahkan urusan orang sukar membayar hutang.
4.MENGHAPUSKAN HUTANG BAGI ORANG TIDAK MAMPU MEMBAYARNYA
Rasulullah bersabda, maksudnya:"Terdapat seseorang pedagang suka memberi hutang kepada manusia.Apabila melihat ada yang tidak mampu membayarnya,dia berkata kepada pembantunya:"Maafkan sahaja dan hapuskan hutangnya.'maka Allah pun memaafkan (dosa-dosanya)."(Riwayat al-Bukhari) Adab Berkenaan HUTANG PIUTANG
1.MENULIS PERKARA BERKAITAN HUTANG
Allah memerintahkan untuk mencatatkan segala urusan hutang piutang seperti terdapat dalah surah al-Baqarah ayat 282.Ia wahib dilakukan dengan sikap amanah dan secara terperinci.Selain itu,ia dilakukan untuk menjaga nama baik orang yang berhutang dan menghindari dirinya daripada tuduhan tidak bertanggungjawab atau tidak memegang amanah.
2.ADA SAKSI
Urusan Hutang piutang perlu disaksikan oleh 2 orang lelaki yang adil dan boleh dipercayai sebagai penguat bagi catatan hutang yang telah dibuat.Jika tiada ,hadirkan seorang lelaki dan seorang perempuan sebagai saksi.
MENYAPU DAHI DAH HIDUNG SESUDAH SOLAT
Daripada Abu Said al-Khudri:"Aku melihat Rasulullah s.a.w sujud di atas air dan tanah sehingga dapat dilihat debu dan kesan tanah di dahinya."(riwayat al - Bukhari)
Kefahaman yang dapat diambil daripada hadis ini ialah :
i. Nabi s.a.w tidak menyapu dahi Baginda semasa solat walaupun dahi Baginda terdapat kesan tanah dan air di dahi Baginda
ii. Nabi s.a.w juga tidak menyapu dahinya selepas solat.kalaulah terdapat ihtimal selepas solat maka itu kesan membuang tanah , air dan seumpamanya yang ada di dahi.Biasanya, kini kita sujud di atas permaidani yang bersih.Maka, keperluan menyapu dahi juga bukanlah daripada perbuatan solat yang mesti dibuat.Sahihnya, Nabi Muhammad s.a.w juga tidak melakukannya.
Justeru,menisbahkan pendapat menyapu muka selepas solat kepada mazhab Syafi'i masih boleh dipertikaikan kerana ia mungkin pendapat peribadi beberapa ulama bermazhab Syafi'i dan bukan pendapat mazhab.