DALAM DUNIA MODEN INI KEKAYAAN ITU BOLEH DIBAHAGIKAN KEPADA TUJUH KATEGORI
I. KAYA DALAMAN
MEMILIKI SET MINDA YANG POSITIF,HARGA DIRI YANG TUNGGI,KETENANGAN DALAMAN DAN KEKUATAN SPRITUAL YANG TINGGI.
II.KAYA KESIHATAN
HEALTH IS WEALTH ( KESIHATAN ITU KEKAYAAN ).TIADA GUNANYA KEKAYAAN DALAM PEKERJAAN,KEUNTUNGAN DALAM PERNIAGAAN JIKA JATUH SAKIT DALAM USAHA MENGEJARNYA
III.KAYA PERHUBUNGAN
JIKA PERHUBUNGAN KITA DENGAN KELUARGA DAN ORANG SEKELILING DALAM KEADAAN YANG BAIK DAN HARMONI,KEHIDUPAN AKAN DAPAT DIJALANKAN DENGAN LEBIH BAIK.KELUARGA MESTI DIUTMAKAN KERANA DISITULAH TERKUMPULNYA ORANG YANG PALING KITA SAYANGI.
IV.KAYA LEGASI
BUATLAH SESUATU YANG TERUS HIDUP SETELAH KITA MATI.ITULAH YANG SERING DIPESANKAN OLEH ORANG YANG BIJAKSANA.JANGAN SEKADAR HIDUP SECARA YANG BIASA-BIASA SAHAJA TETAPI BERILAH IMPAK YANG SIGNIFIKAN YANG TERUS BERKEKALAN DAN DIKENANG SEBAGAI LEGASI KEPADA GENERASI KEMUDIAN SETELAH PEMERGIAN KITA.
V.KAYA KERJAYA
KERJAYA MENJADI SANGAT PENTING DALAM DUNIA MASA KINI.KERJAYA IALAH WADAH BAGI MENGELUARKAN SELURUH POTENSI DIRI DAN BAKAT SESEORANG.KEJAYAAN DALAM KERJAYA AKAN MENINGKATKAN LAGI HARGA DIRI.
VI.KAYA EKONOMI
WANG WALAUPUN BUKAN PERKARA TERPENTING DALAM HIDUP,TETAPI IA TETAP PENTING UNTUK MENGURUSKAN KEHIDUPAN DENGAN BAIK.IA AKAN MEMUDAHKAN KITA MEMENUHI KEPERLUAN HIDUP TANPA PERLU BERGANTUNG KEPADA ORANG LAIN.DENGAN WANG ,KITA BOLEH MEMBANTU MERINGANKAN BEBAN DAN KESUSAHAN ORANG LAIN DAN INI AKAN MEMBERI SATU KEPUASAN DALAM HIDUP.
VII.KAYA PENGALAMAN
JIWA MANUSIA SENTIASA DAHAGAKAN PENGALAMAN BARU.PERASAAN INGIN TAHU DAN MENIMBA ILMU PENGALAMAN BARU AKAN MENIMBULKAN KESERONOKKAN DAN KECEIAAN DALAM HIDUP.KITA TIDAK BOLEH TERPERANGKAP DALAM RUTIN HIDUP YANG SAMA SAHAJA PADA SETIAP MASA.AKTIVITI-AKTIVITI KEMANUSIAN,SUKAN,PELANCONGAN DAN LAIN-LAIN AKAN MEMBERIKAN KITA RASA "KEKAYAAN"YANG SUKAR UNTUK DIGAMBARKAN.
INILAH 7 ELEMEN YANG PERLU ADA UNTUK MENCAPAI KEKAYAAN REALITI.TANPA KETUJUH-TUJUH ELEMEN ITU,MANUSIA HANYA AKAN MENDAPAT KEKAYAAN ILLUSI.
No comments:
Post a Comment