30 October 2011

PERANAN ORANG KAYA DALAM ISLAM

PERANAN KEPADA DIRI SENDIRI DAN KELUARGA
*Melunaskan perkara ibadat yang berkaitan dengan duit iaitu zakat dan haji
*Mampu menuntut ilmu untuk panduan diri sendiri serta menghantar anak-anak dan ahli keluarga yang lain untuk tujuan yang sama.
*Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :"dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya,orang miskin dan musafir dan janganlah berbelanja dengan boros".(Surah al-Isra'17 : 26 )

PERANAN KEPADA MASYARAKAT
*Membantu dalam kerja=kerja amal makruf ahi mungkar melalui pertubuhan - pertubuhan amal ataupun NGO.Walaupun kadangkala orang kaya tidak mempunyai masa,mereka boleh membantudari sudut kewangan.
*Mewakafkan sebahagian harta untuk pembangunan infrastruktur bagi kegunaan masyarakat.
*Mengeluarkan zakat harta apabila cukup haul
*Menyediakan peluang pekerjaan kepada orang islam terutamanya dengan menyediakan suasana pekerjaan yang islamik.
*Membantu meringankan beban

PERANAN KEPADA AGAMA ISLAM
*Menyumbang dana untuk menyebarkan ajaran Islam kepada Non - Muslim melalui usaha dakwah yang merentasi sempadan antarbangsa

TUJUH KATEGORI KAYA

DALAM DUNIA MODEN INI KEKAYAAN ITU BOLEH DIBAHAGIKAN KEPADA TUJUH KATEGORI

I. KAYA DALAMAN
MEMILIKI SET MINDA YANG POSITIF,HARGA DIRI YANG TUNGGI,KETENANGAN DALAMAN DAN KEKUATAN SPRITUAL YANG TINGGI.

II.KAYA KESIHATAN
HEALTH IS WEALTH ( KESIHATAN ITU KEKAYAAN ).TIADA GUNANYA KEKAYAAN DALAM PEKERJAAN,KEUNTUNGAN DALAM PERNIAGAAN JIKA JATUH SAKIT DALAM USAHA MENGEJARNYA

III.KAYA PERHUBUNGAN
JIKA PERHUBUNGAN KITA DENGAN KELUARGA DAN ORANG SEKELILING DALAM KEADAAN YANG BAIK DAN HARMONI,KEHIDUPAN AKAN DAPAT DIJALANKAN DENGAN LEBIH BAIK.KELUARGA MESTI DIUTMAKAN KERANA DISITULAH TERKUMPULNYA ORANG YANG PALING KITA SAYANGI.

IV.KAYA LEGASI
BUATLAH SESUATU YANG TERUS HIDUP SETELAH KITA MATI.ITULAH YANG SERING DIPESANKAN OLEH ORANG YANG BIJAKSANA.JANGAN SEKADAR HIDUP SECARA YANG BIASA-BIASA SAHAJA TETAPI BERILAH IMPAK YANG SIGNIFIKAN YANG TERUS BERKEKALAN DAN DIKENANG SEBAGAI LEGASI KEPADA GENERASI KEMUDIAN SETELAH PEMERGIAN KITA.

V.KAYA KERJAYA
KERJAYA MENJADI SANGAT PENTING DALAM DUNIA MASA KINI.KERJAYA IALAH WADAH BAGI MENGELUARKAN SELURUH POTENSI DIRI DAN BAKAT SESEORANG.KEJAYAAN DALAM KERJAYA AKAN MENINGKATKAN LAGI HARGA DIRI.

VI.KAYA EKONOMI
WANG WALAUPUN BUKAN PERKARA TERPENTING DALAM HIDUP,TETAPI IA TETAP PENTING UNTUK MENGURUSKAN KEHIDUPAN DENGAN BAIK.IA AKAN MEMUDAHKAN KITA MEMENUHI KEPERLUAN HIDUP TANPA PERLU BERGANTUNG KEPADA ORANG LAIN.DENGAN WANG ,KITA BOLEH MEMBANTU MERINGANKAN BEBAN DAN KESUSAHAN ORANG LAIN DAN INI AKAN MEMBERI SATU KEPUASAN DALAM HIDUP.

VII.KAYA PENGALAMAN
JIWA MANUSIA SENTIASA DAHAGAKAN PENGALAMAN BARU.PERASAAN INGIN TAHU DAN MENIMBA ILMU PENGALAMAN BARU AKAN MENIMBULKAN KESERONOKKAN DAN KECEIAAN DALAM HIDUP.KITA TIDAK BOLEH TERPERANGKAP DALAM RUTIN HIDUP YANG SAMA SAHAJA PADA SETIAP MASA.AKTIVITI-AKTIVITI KEMANUSIAN,SUKAN,PELANCONGAN DAN LAIN-LAIN AKAN MEMBERIKAN KITA RASA "KEKAYAAN"YANG SUKAR UNTUK DIGAMBARKAN.

INILAH 7 ELEMEN YANG PERLU ADA UNTUK MENCAPAI KEKAYAAN REALITI.TANPA KETUJUH-TUJUH ELEMEN ITU,MANUSIA HANYA AKAN MENDAPAT KEKAYAAN ILLUSI.

29 October 2011

BENGKEL KEMASKINI E-KASIH







27-29HB OKT 2011 - BENGKEL KEMASKINI E-KASIH TELAH DIADAKAN DI PUSAT LATIHAN AIM (PLAT) TAIPING PERAK DAN TELAH DISERTAI OLEH SEMUA PEMBANTU AMANAH SISTEM WILAYAH(PASW) DAN PEMBANTU AMANAH SISTEM CAWANGAN (PAS).BENGKEL INI ADALAH UNTUK MENGEMASKINI DATA-DATA SAHABAT AIM YANG TELAH MENDAFTAR DALAM E-KASIH(1AZAM).BENGKEL INI TELAH DIKENDALIKAN OLEH AIM DAN ICU SEBAGAI PENYELARAS.

23 October 2011

26 fakta menarik tentang manusia

26 fakta menarik mengenai manusia


1. Mata wanita akan berkelip lebih dua kali ganda daripada lelaki.
2. Seseorang akan lebih tinggi 1cm pada waktu pagi dan petang berbanding waktu malam.
Ini adalah disebabkan lapisan tulang rawan pada bahagian sendi akan terbuka pada waktu siang.
3. Dianggarkan sebanyak 550 helai rambut pada bahagian bulu mata.
4. Kebanyakan zarah debu dirumah adalah hasil daripada kulit mati anda.
5. Seorang bayi lahir tanpa tempurung lutut. Ia akan mula terbentuk ketika mereka berusia
2-6 tahun.
6. Tubuh anda menghasilkan dan membunuh 15 juta sel darah merah pada setiap saat.
7. Secara purata, manusia menghasilkan 10,000 galon air liur sepanjang hidup mereka.
8. Jari paling sensitif untuk manusia adalah jari telunjuk.
9. Berat badan manusia adalah 40 kali ganda daripada berat otak.
10.Sekiranya makan terlalu kenyang, pendengaran anda akan semakin tidak jelas.
11.Dianggarkan seseorang akan menelan sebanyak 295 kali ketika makan malam.
12.Air kencing anda akan berwarna kuning cerah sekiranya banyak memakan ulam-ulaman.
13.Tenaga yang dilepaskan sekiranya 1 billion orang melompat pada masa yang sama
adalah dianggarkan separuh daripada tenaga nuclear.
14.Purata bayi akan lahir didunia adalah selang 7 saat.
15.Seseorang dianggarkan bernafas 10 juta kali setahun.
16.Pada ketika ini, jumlah orang yang hidup adalah lebih banyak daripada orang yang telah mati.
17.Tubuh manusia lebih sesuai untuk tidur selama 4 jam 2 kali sehari berbanding daripada
tidur lapan jam sekali sehari.
18.Dianggarkan janggut seorang lelaki mengandungi antara 7,000 hingga ke 15,000 helai rambut.
19.Janggut lelaki akan tumbuh sekitar 140 mm setiap tahun.
20.Rambut adalah 70 peratus lebih mudah untuk dipotong ketika direndam dalam air suam
selama dua minit.
21.Tulang paling keras pada tubuh manusia adalah tulang rahang.
22.Diameter rambut wanita adalah separuh daripada diameter rambut lelaki.
23.Kaki adalah bahagian tubuh yang paling sering digigit oleh serangga.
24.Kuku yang paling cepat untuk tumbuh adalah kuku jari hantu.
25.Otot paling kuat pada tubuh manusia adalah lidah.
26.Manusia pertama kali dijangkiti virus HIV pada tahun 1930-an.

BEWARE ! JANGAN MENIUP MAKANAN ATAU MINUMAN ADA TERSEMBUNYI BAHAYANYA.

Seringkali kita melihat, seorang Ibu ketika menyuap anaknya makanan yang masih panas, dia meniup makanannya lalu disuapkan ke anaknya. Bukan cuma itu, bahkan orang dewasa pun ketika minum teh atau kopi panas, sering kita lihat, dia meniup minuman panas itu lalu meminumnya.

Benarkan cara demikian?

Cara demikian tidaklah dibenarkan dalam Islam, kita dilarang meniup makanan atau minuman.Sebagaimana dalam Hadits Ibnu Abbas menuturkan "Bahwasanya Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam melarang bernafas pada bejana minuman atau meniupnya". (HR. At Turmudzi dan dishahihkan oleh Al-Albani).

Awalnya saya tidak mengetahui hikmahnya, bagi saya pribadi, ketika datang hadits pada saya mengenai suatu hal, maka semampunya cuba saya lakukan, walaupun saya belum tahu hikmahnya, dan sebenarnya memang tidak harus tahu. Begitu juga ketika saya pertama kali mendengar hadits ini, saya hanya berusaha mengamalkan saja, bahwa kita dilarang meniup makanan atau minuman. Dan alhamdulillah ketika tadi coba browse ke internet, ternyata dari salah satu Majlis Kimia di Indonesia, ada yang menjelaskan secara teori bahwa:apabila kita hembus napas pada minuman, kita akan mengeluarkan CO2 yaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dengan air H20, akan menjadi H2CO3 (asam karbonat), aitu sejenis dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic . Ini membahayakan tubuh kita. Dan saya ingat juga bahwa Rasulullah SAW menyuruh kita ketika minum seteguk demi seteguk, jangan meneguk satu gelas sambil bernapas di dalam gelas, hal ini juga dilarang, ternyata saya baru tahu sekarang hikmahnya, bahwa ketika kita minum banyak, maka ada kemungkinan kita akan bernapas di dalam gelas, yang akan menyebabkan reaksi kimia seperti di atas.

Ulasan yang saya sampaikan, mungkin bukan hikmah keseluruhan, kerana Ilmu Allah tentu lebih luas dari ilmu manusia, mungkin jadi itu adalah salah satu hikmah dari puluhan hikmah lainnya yang belum terungkap oleh manusia.Kewajiban kita hanyalah mendengar dan menta'atiNya Perkara hikmah apa yang ada dalam larangan itu, urusan belakangan. Yang penting kita sudah mencoba mentaatiNya Wallahu A'lam.

PROGRAM HALATUJU PKMB 2011

14 & 15HB OKT 2011 - PROGRAM HALATUJU PKMB TELAH DIADAKAN DI NUR LAMAN BISTARI,ULU YAM SELANGOR.PROGRAM INI TELAH BERJAYA MENGHIMPUNKAN SEMUA KAKITANGAN AIM PKMB SELERUH MALAYSIA YANG BERJUMLAH 240 ORANG KAKITANGAN.PROGRAM INI TELAH DIRASMIKAN OLEH PENGARAH PKMB IAITU EN CHE MAHDI IDRIS.PADA SEBELAH PETANG PROGRAM TELAH DIADAKAN PERMAINAN BOLA TAMPAR ANTARA WILAYAH PKMB,DI SEBELAH MALAM PULA DIADAKAN PROGRAM BBQ ,JAMUAN DAN PERSEMBAHAN KAKITANGAN.



PADA KEESOKANNYA PULA TELAH DIADAKAN PERTANDINGAN FUTSAL DI PADANG FUTSAL SEGAMBUT, KUALA LUMPUR,PERTANDINGAN INI TELAH DISERTAI OLEH 5 WILAYAH IAITU KL(A), KL(B) , UTARA , SELATAN DAN TIMUR.PERTANDINGAN TELAH DIBAHAGIKAN KEPADA DUA IAITU LELAKI DAN PEREMPUAN.PERTANDINGAN INI DIADAKAN BAGI MENCUNGKIL BAKAT - BAKAT BARU BAGI MEWAKALI PKMB UNTUK KEJOHANAN SUKAIM 2012 YANG AKAN DIADAKAN DI KEDAH.


07 October 2011

Bonus lagi...tahniah

Sebagaimana diduga kerajaan memutuskan untuk memberi bonus tambahan setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada 1 3 juta kakitangan awam Bayaran bantuan RM500 juta akan dibayar kepada pesara kerajaan Jumlah yang sama dibayar kepada mereka pada Ogos lalu “Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011 “Ini akan menjadikan jumlah bonus bagi tahun 2011 bersamaan sebulan gaji dengan bayaran minimum RM1 000 bagi penjawat awam dan bantuan RM1 000 bagi pesara kerajaan ” kata beliau ketika membentangkan Bajet 2012 di Dewan Rakyat Katanya bayaran ini akan memanfaatkan 1 3 juta kakitangan awam serta 618 000 pesara kerajaan “Bayaran bonus dan bantuan dua kali pada tahun ini akan menelan belanja RM4 bilion ”

05 October 2011

bismillah enam(6)



Ayat bismillah enam(6) ini sangat banyak faedahnya, jika diamalkan selalu akan berkhasiat untuk menjadi selusuh kepada perempuan yang akan bersalin, menjadi penawar racun dan bisa-bisa badan, menjadi jampi untuk menghalau jin dan syaitan, terpelihara daripada segala merbahaya, seteru dan musuh, boleh dibaca ketika berperang agar mendapat kemenangan dan mengabulkan segala hajat serta Insya-Allah akan nampak benda-benda yang pelin dan ajaib.

Sangat baik sekali sekiranya dapat diamalkan ayat bismillah enam pada tiap-tiap selepas solat fardhu kerana banyak sekali fadilat dan khasiatnya.

* Makbul segala hajat dan cita-cita.
* Luas rezkinya.
* Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
* Menang dalam peperangan.
* Penerang hati.
* Diajuhkan dari segala penyakit.
* Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
* Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
* Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
* Aman daripada binatang2 buas.
* Air laut menjadi tawar.
* Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
* Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
* Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
* Terselamat dari karam dilaut.
* Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
* Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
* Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
* Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
* Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
* Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
* Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.

Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.

Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.

AMALLAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.

BERJAGA-JAGA

POKOK BERACUN




Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam. Berhati-hati ok.

25tahun Amanah Ikhtiar Malaysia

Kejayaan 280,000 Sahabat AIM





USIA 25 tahun jika dipadankan kepada manusia tentulah boleh diibaratkan pemuda dan pemudi yang bakal mencorak masa depan negara dengan kelebihan yang ada pada diri. Ia juga dianggap waktu yang paling sesuai untuk mereka mendirikan rumah tangga jika sudah bertemu pasangan hidup masing-masing.

Namun, dalam konteks usia penubuhan sesebuah badan yang dibina semata-mata untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, sudah pasti ia membawa pengertian berbeza.

Hakikatnya, institusi itu sudah tentu akan dinilai melalui aspek kejayaan yang dicapai sejak mula pertubuhan itu diwujudkan dan kesan positif yang diterima khalayak.

Itulah yang turut dialami oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang lahir dengan niat murni bagi membantu menangani isu-isu kemiskinan di negara ini sejak tahun 1987.

Kini, selepas lebih dua dekad penubuhannya, AIM ternyata berjaya meninggalkan legasi yang cukup bermakna buat 280,000 orang wanita yang telah bernaung di bawah badan tersebut melalui saluran pinjaman mikro hingga berjaya mengubah taraf kehidupan masing-masing.

Penternak ikan sangkar



KAMARIAH (kanan) bersama suami, Ayuraziman kini gigih mengusahakan ternakan ikan sangkar.

Perkara itu diakui oleh peminjam. Dalam AIM, peminjam lebih dikenali dengan panggilan Sahabat AIM. Salah seorang daripadanya, Kamariah Udin, 31, kini merupakan seorang penternak ikan dalam sangkar yang berjaya.

Menurut Kamariah, dia mula menyertai AIM sebagai Sahabat pada tahun 2001. Berbekalkan modal yang ditawarkan badan berkenaan, wanita yang pada asalnya hanya seorang suri rumah itu akhirnya memberanikan diri menceburkan diri dalam projek tersebut bersama suaminya, Ayuraziman Tuah, 38, yang bekerja sebagai nelayan.

Menyedari apa yang dilakukan itu memakan modal yang besar, Sahabat dari Pusat Saidatul Syuhada, Pulau Salak, Kuching, Sarawak itu gigih mengusahakan projek tersebut.

“Selain mendapat pembiayaan modal daripada AIM, saya turut mendapat sokongan daripada Jabatan Perikanan Sarawak apabila terpilih menjadi anak angkat dalam projek Lembaga Perikanan Malaysia sekali gus dibekalkan sangkar ikan terpakai.

“Sehingga hujung tahun lalu, saya telah membuat pinjaman ekonomi bersama AIM sebanyak lapan kali dengan jumlah keseluruhan bernilai RM54,900. Selain itu, saya juga turut membuat pinjaman pelbagai melalui skim I-Sejahtera sebanyak enam kali dengan jumlah pembiayaan RM17,000 bagi membeli aset dan memperbaiki sangkar ikan yang rosak.

“Alhamdulillah, jika dahulu pendapatan harian kami sekeluarga sekadar RM30, tetapi kini kami sudah boleh tersenyum dengan jumlah pendapatan yang diraih di antara RM1,000 hingga RM2,000 sehari,” ujar Kamariah yang mempunyai tiga pekerja di kawasan sangkar ikan (40 petak) milik mereka. Pekerja itu dibayar gaji RM2,600 sebulan.

Selain mampu membayar upah pekerja, Kamariah juga telah berjaya memiliki aset tambahan seperti lori satu tan, van dan sebuah rumah besar yang didiami bersama tiga anak mereka.

Antara ikan yang diternak dalam sangkarnya termasuklah siakap, kerapu, merah dan jampung atau dikenali sebagai ikan perencong di Sarawak. Selain itu, pasangan itu turut menternak udang kara.

Di samping menternak ikan, mereka juga bertindak sebagai peraih ikan untuk dijual kepada orang lain dan mempunyai pelanggan tetap iaitu beberapa restoran di sekitar daerah Kuching dan Santubong.

“Saya pernah miskin. Saya ingin melahirkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada AIM kerana telah banyak membantu kami sekeluarga mengecapi hidup yang lebih sempurna,” tutur Kamariah penuh syukur.

Pemborong ikan berjaya



SAHABAT yang berjaya dalam perniagaan turut diberikan penghargaan oleh pihak AIM sebagai pemangkin semangat.

Bagi Zoriah Tohat, 44, pula, modal pertama berjumlah RM600 daripada Skim Pembiayaan Ikhtiar AIM yang diterima pada tahun 1999 menjadi batu loncatan dalam mengubah taraf kehidupannya.

Berasal dari Kampung Goebilt, Kuching, Sarawak, wanita cekal itu memulakan projek tangkapan ikan secara kecil-kecilan dengan membeli sampan, jaring dan jala. Kerja itu dilakukan bersama suaminya, Sahari Adam, 49.

Selepas sepuluh tahun berlalu, Zoriah yang sebelum ini hanya mengusahakan perniagaan ikan kering secara kecil-kecilan kini merupakan seorang pemborong ikan yang berjaya di daerah berkenaan dengan pinjaman sebanyak RM58,600 daripada AIM bagi pembiayaan ekonomi keluarganya.

Beritahu Zoriah, dia dan suami tidak pernah membuat pinjaman modal dengan institusi perbankan yang lain disebabkan kesukaran untuk mendapat kelulusan daripada pihak bank.

Bagaimanapun, melalui pinjaman pembiayaan AIM, segala urusan dipermudahkan sekali gus dia berpeluang mengubah nasib keluarganya.

Apabila ditanya sebab dia memilih menjadi pemborong ikan, wanita itu pantas menjawab: “Suami saya amat berminat mengusahakan projek ini. Jadi, saya sebagai penyumbang modal menyokong minat suami yang begitu bersungguh-sungguh sehingga berjaya memajukan perniagaan kami ke tahap ini.”


AIM mengiktiraf mereka yang dinaungi, misalnya Zuiyah Talib (kiri) dan Nur Faizah Zolkafli. Masing-masing telah menerima anugerah Sahabat Warga Emas dan Sahabat ke-2,300 dalam sebuah majlis khas.

Selain daripada pelbagai jenis ikan, Zoriah turut memborong udang seperti udang merah dan udang harimau yang kemudian dipasarkan di kilang Seahorse, Bintawa yang merupakan kilang terbesar di Sarawak.

Tidak ketinggalan, dia juga menjual pelbagai tangkapan laut di kawasan rumahnya. Jika sebelum ini, Zoriah dan suami menjalankan projek secara kecil-kecilan, kini mereka berdua mampu membayar upah pekerja yang melebihi sepuluh orang.

Dengan purata pendapatan melebihi RM30,000 sebulan, pasangan itu telah membuktikan bahawa jika ada kemahuan dan usaha yang gigih ditambah pula dengan bantuan kewangan yang disalurkan AIM, apa sahaja impian pasti boleh dikecapi setiap individu.

“Tiada ucapan yang dapat diungkap melainkan rasa bersyukur yang tidak terhingga di atas kemudahan pembiayaan daripada AIM yang berjaya meningkatkan taraf pendapatan keluarga,” kata Zoriah yang kini memiliki aset seperti sebuah lori bernilai RM50,000, kenderaan pelbagai guna (MPV) bernilai RM68,000 dan rumah besar yang menjadi tempat berteduh mereka tujuh beranak.