31 May 2011

JALAN MAKAN ANGIN

Perlis, negeri yang terkecil di Malaysia, indah dengan pemandangan sawah padi yang luas terbentang. Selain itu, ia juga terkenal dengan satu lagi aktiviti mengisi masa lapang yang hebat iaitu membeli-belah!

Padang Besar merupakan tempat tumpuan pengunjung yang mencari barangan kulit, pakaian, cenderamata dan pelbagai barangan hiasan rumah yang lain. Kebanyakan barangan-barangan ini dihasilkan di negara Thailand dan seterusnya dijual di Padang Besar. Selain itu, barangan bebas cukai juga ada dijual di sini.

Dari namanya sendiri, Padang Besar pasti memberikan anda bayangan kesibukan jualan, kebisingan tawar-menawar dan kepelbagaian warna-warni barangan yang dijual di sini. Ada yang mengatakan yang bandar ini merupakan hasil gabungan Thailand dan Perlis dan ianya dapat dilihat melalui pelbagai papan tanda dan pusat pemeriksaan yang terdapat di sini.

No comments:

Post a Comment