23 April 2012
FORMULA 1 + 1/2
Bagaimana mengatasi kelewatan ke sesuatu tempat @ perjumpaan?Jadi jam berapa kita harus bangun dari tidur?
1.Mula-mula,kira masa yang diperlukan untuk bergerak daripada bangun tidur hingga sampai ke pejabat.
*Bangun,Mandi dan menyucikan diri - 15 minit
*Solat - 10 Minit
*Menyediakan pakaian dan bersiap - 15 Minit
*Sarapan yang telah tersedia - 10 Minit
*Perjalanan ke pejabat - 20 Minit
Jumlah 70 Minit
Mengikut formula 1 + 1/2 :
70 Minit + 35 Minit = 105 Minit
( 1 Jam 45 Minit )
Jadi kita harus bangun pada jam 6.15 pagi ( 08.00 pagi - 1 jam 45 minit )
Sebaliknya apabila anda mengira bahawa anda memerlukan cuma 70 minit, anda
akan bangun jam 06.50 pagi ( 08.00 Pagi - 70 minit ).
Semasa Bersiap - siap
i - Mengambil , masa untuk buang air besar,bercukur,mandi,bersihkan diri : 20 Minit
ii - Ingin membaca Al-Quran selepas solat : 10 Minit
iii - Mengambil masa memilih dan mengosok pakaian : 20 Minit
iv - Mungkin berbual dengan anak-anak dan isteri ketika bersarapan : 20 Minit
Dalam Perjalanan
i - Mengelap kereta sebelum mula bergerak : 10 Minit
ii - Singgah mengisi petrol : 5 Minit
iii - Berhenti menjawab telefon : 5 Minit
iv - Kesesakan lalu lintas yang tidak diduga : 10 Minit
Jumlah 100 Minit
Jika anda menggunakan formula 1 + 1/2 anda masih boleh sampai ke pejabat
06.15 pagi + 100 Minit = 07.55 Pagi
Anda masih ada 5 Minit sebelum jam 08.00 Pagi
Sedangkan jika anda menggunakan cara biasa ,anda akan sampai ke pejabat :
06.50 Pagi + 100 Minit = 08.30 Pagi
Anda terlewat 30 Minit !!!
Subscribe to:
Posts (Atom)