Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru kerajaan supaya mendedahkan sama ada tindakan Astro untuk menaikkan harga bagi pakej televisyen berbayar adalah mengikut perjanjian yang ditetapkan.
Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, pengguna perlu diberitahu apakah perkara yang dipersetujui dengan Astro bagi membolehkan pemegang lesen tunggal bagi penyiaran televisyen berbayar itu menaikkan harga perkhidmatannya.
"Sedangkan kadar tol juga perlu dipersetujui oleh kerajaan dalam perjanjian... Kalau kerajaan tidak ambil tindakan serius, kami akan boikot Astro," katanya lagi dalam satu sidang media hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan berhubung tindakan Astro untuk menaikkan harga bagi pakej perkhidmatannya sehingga RM15 sebulan yang didakwa tidak mesra pengguna.
Sebaliknya, Astro boleh mencontohi langkah kerajaan yang tidak menaikkan harga bahan api demi kepentingan rakyat, kata Tunku Azwil.
Tangguhkan kenaikan
"Jika kerajaan boleh tangguh kenaikan harga, kenapa Astro tidak tunjuk rasa terima kasih kerana dapat monopoli, tangguh kenaikan harga yang ingin dibuat.
"Pulangan daripada yuran langganan saja sudah cukup untuk menampung kos operasi. Apa yang mereka mahu adalah untuk tambah keuntungan, bukan untuk tampung kos operasi," katanya lagi.
Beliau mendakwa, perbelanjaan modal yang dilaburkan oleh Astro sejak mula bersiaran telah habis dibayar malah iklan yang diterima penyiar itu juga telah bertambah.
Jelasnya, perbelanjaan periklanan di Malaysia mengikut AC Nielsen pada tahun 2010 berjumlah lebih RM9 bilion dan stesen televisyen lain hanya mendapat RM2 bilion dari kadar tersebut.
“Stesen televisyen (lain) mengambil lebih kurang 2 bilion yang terpaksa sama-sama dikongsi antara lebih kurang tujuh stesen televisyen,” tambahnya.
Katanya lagi, sebanyak 20 peratus daripada saham Astro pula terdiri daripada saham perseorangan yang juga telah cukup untuk memberi keuntungan.
“Mereka mampu berbuat demikian kerana mereka banyak (saluran),” kata Tunku Azwil.
Kadar periklanan Astro yang rendah, malah serendah kadar untuk iklan radio juga dilihat sebagai satu ancaman kepada stesen televisyen lain, katanya lagi.
Bunuh kadar iklan televisyen
“Kadar periklanan Astro pada hari ini telah membunuh kadar (iklan) televisyen yang juga mengharapkan pulangan semata-mata dari periklanan.
"(Astro) dengan sendirinya, dengan perlahan-lahan akan membunuh stesen yang lain,” katanya.
Ketika ditanya, Tunku Azwil mengakui bahawa perkhidmatan yang disediakan itu bukanlah keperluan utama bagi pengguna seperti bekalan air dan elektrik.
"(Kalau) tak ada Astro, (pengguna) tak mati pun. Bukanlah pengguna tak ada hiburan.
"Tapi (kita bantah) kerana pengguna tak mahu dipergunakan untuk belanja berlebihan untuk dapatkan sedikit hiburan," katanya lagi.
Sehubungan itu, PPIM turut melancarkan satu kempen bagi membantah kenaikan bayaran Astro. Kempen tersebut bermula hari ini di laman web persatuan itu.
“Kami akan ambil tindakan boikot Astro. Kami akan guna kempen 'No to Astro,” kata seorang lagi wakil PPIM, Mustafa Hamzah.
Tambahnya, persatuan itu juga mendakwa telah menerima "ribuan" aduan dari pengguna yang tidak berpuas hati dengan sistem perkhidmatan Astro.
27 June 2011
09 June 2011
Nombor Pendaftaran Kenderaan KDA Boleh Ditempah Mulai Isnin

ALOR SETAR, 9 Jun (Bernama) -- Orang ramai terutamanya anak jati Kedah yang menantikan nombor pendaftaran kenderaan "KDA" yang membawa maksud "Kedah Darul Aman" boleh membuat tempahan di Jabatan Pengangkutan Jalan Kedah mulai Isnin ini.
Pengarah JPJ Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman, berkata tempahan akan dibuka selama 14 hari dari 8 pagi Isnin ini hingga 12 tengah hari 26 Jun.
"Terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa," katanya kepada pemberita di sini Khamis.
Nombor bernilai utama iaitu nombor satu angka (1-10) akan dibuka dengan harga jualan minimum RM10,000 manakala nombor menarik dijual dengan harga minimum RM2,000. Nombor popular dan nombor semasa masing-masing dibuka dengan harga minimum RM300.
"Kita telah menerima banyak pertanyaan dan panggilan telefon tentang nombor pendaftaran KDA. Salah satu sebab kenapa mereka mahu sangat nombor itu kerana ia membawa maksud Kedah Darul Aman," katanya.
Ahmad Musadad berkata mereka yang tinggal di luar Kedah boleh membuat tempahan dengan melayari laman web JPJ iaitu www.jpj.gov.my.
"Mereka yang mahu membuat tempahan tidak kiralah sama ada melalui laman web atau datang terus ke pejabat kita perlu mengisi Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran dengan jelas, mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri sama ada individu, perniagaan, syarikat, koperasi atau agensi kerajaan.
"Selain itu, pemohon juga perlu sertakan surat rasmi asal permohonan tempahan nombor pendaftaran, salinan asal bayaran yuran perkhidmatan RM10 dan bayaran deposit 50 peratus daripada harga tempahan yang boleh dibuat dalam bentuk bank draf, kiriman wang atau wang pos atas nama Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia," katanya.
Beliau berkata bahawa setakat ini nombor pendaftaran yang paling tinggi dijual adalah KCQ dengan harga RM85,000 manakala KCT dijual dengan harga RM66,000.
"Tidak mustahil ada yang sanggup membeli nombor pendaftaran KDA dengan harga melebihi RM100,000," katanya.

03 June 2011
MYVI 1.5
Gambar Penuh Perodua Myvi 1.5 2011 Berserta Model & Spesifikasinya
AS bawakan gambar Perodua Myvi 1.5 2011 yang dijangka akan dijual pada pertengahan tahun ini. Selain dari perbincangan hal politik, AS bawakan juga info industri automotif negara yang banyak menyumbang kepada pertumbuhan dan kemakmuran ekonomi.
Apa-apapun, Layan..
NEW MODEL 1.3CC (STANDARD) anggaran hg rm48k
NEW MODEL 1.3CC (PRIMIUM) anggaran hg rm51k
NEW MODEL1.3CC (ELEGEN) (pakai bodykit airmaster+player touch screen,gps) tak sure price
LAUNCH SEPTEMBER
NEW MODEL 1.5cc se (anggaran harga bawah 58k)
NEW MODEL 1.5cc extrem
# semua ada steering electric mcm vios-maknanyer steering lagi ringan giler
# semua ada auto flip side mirror-maknayer kete lagi gempak buleh buka tutup.barang yg korang cari kat half cut utk passo smpi harga rm700lebih dah ada kat myvi new model
# semua model ada airbag-mananyer 1st priority safety
# semua pakai headlamp projector-lagi terang mcm alza korang-saga blm facelift ke2 pun nak pakai projector dah !
# semua gear auto letak kat dashboard mcm alza..tapi lagi cun ada ring croom
# dashboard design lebih tirus berbentuk "V" mcm alza..
# seluruh body siap insulator (sound proof terbaik punya)
# meter ODO ember light sedikit sentuhan design toyota vios,corrola,camry
# model myvi elegen guna touch screen+gps loccato
# ada cankuk utk baby seater
# seat belt belakang,seat paling tengah, belt gantung kat bumbung..
# improve aircond...lebih sejuk dan tak ada bau berbanding lama
# improve brake disc..lebih kuat cengkam kualiti banding lama
# harga naik sikit rm2-3k
NEW MODEL 1.5 extrem & SE
# siap deffuser depan dan belakang..
# bumper depan dan belakang lagi garang dan sporty
# sedikit sentuhan carbon fiber kat grill depan
# bumper & fog lamp depan mcm toyota prius
# hg lingkungan dlm rm58k Ke bawah
# Siapa pakai ni memang berdesup ler peginyer..body ringan pakai 1.5 engine alza..

Jenis-jenis Pelaburan
Jenis-jenis Pelaburan
" Jangan berfikir bahawa anda menjadi seorang kaya sebelum menjadi seorang pelabur."
Warren Buffet, Pelabur Terkaya di Dunia.
Itulah kata-kata Warren Buffet, pelabur terkaya di dunia yang menasihatkan orang ramai supaya melabur untuk menjadi kaya. Saya percaya ramai di luar sana yang bercita-cita ingin menjadi pelabur jutawan. Bahkan ramai di luar sana yang telah mengalami kerugian berpuluh-puluh ribu ringgit semata-mata terlibat permainan saham ini. Walaupun ilmu cetek di dada, tetapi ingin meredah lautan yang luas. Yang penuh liku-liku yang tidak dapat dijangka oleh akal fikiran. Tetapi tidak mengapa selagi mana ia tidak menyusahkan orang ramai walaupun telah rugi puluhan ribu ringgit. Saya masih belum berjumpa dengan pelabur jutawan dan saya hanya berjumpa dengan pelabur fakir. Jika saya jumpa pun, saya hanya berjumpa melalui buku iaitu Adam Khoo iaitu pelabur jutawan dari Singapura. Semoga saya dapat berjumpa dengan pelabur jutawan suatu hari nanti. Mudah-mudahan. Pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian mengenai jenis-jenis pelaburan.
Baiklah, sebelum kita pergi lebih jauh, adakah anda mengetahui definisi pelaburan itu sendiri? Definisi 'pelaburan' mengikut Milan Doshi ialah:
" Penukaran wang sedikit pada masa sekarang untuk wang yang lebih banyak pada masa hadapan sambil mengurangkan risiko dengan mengambil kira peruntukan aset, kepelbagaian dan lain-lain. "
Oleh itu, dapat kita fahami bahawa pelaburan merupakan suatu proses yang menjana pulangan yang lebih besar pada masa hadapan dengan menggunakan wang yang sedikit pada masa sekarang. Pelaburan juga merupakan salah satu cara untuk kita menjana pendapatan pasif iaitu wang bekerja untuk kita dengan memberi pulangan tertentu mengikut tempoh tertentu. Namun begitu, kita perlu ingat bahawa semua pelaburan di dunia ini mempunyai risikonya tersendiri. Semakin tinggi risiko pelaburan, semakin tinggi pulangannya. Semakin cepat kita hendak kaya, semakin tinggi risiko yang perlu kita hadapi dan begitulah sebaliknya. Pendek kata, tiada jalan pintas untuk berjaya.
Di sini, saya mengelaskan terdapat 4 jenis pelaburan iaitu:
1. Pelaburan yang tiada risiko.
Pelaburan jenis ialah pelaburan yang memberi pulangan tetap pada setiap tahun. Contohnya, ASB ( 7-8 % setahun), Simpanan tetap (3-5% setahun), dan polisi insurans endowmen ( 2-4% setahun). Melalui pelaburan ini, anda akan tetap menerima pulangannya setiap tahun dan tidak perlu bimbang dengan perubahan ekonomi semasa.
2. Pelaburan berisiko sederhana.
Melalui pelaburan ini, peluang anda untuk menerima pulangan adalah masih cerah dan pulangannya adalah sehingga 10% setahun ataupun lebih. Contoh pelaburan ini ialah bidang hartanah.
3. Pelaburan berisiko tinggi.
Pelaburan jenis ini memberi pulangan 20-30% setahun dan ianya terdedah kepada risiko yang tinggi. Peluang anda untuk membuat untung adalah tipis sekiranya anda merupakan pemain baru dalam pasaran saham. Antara risiko yang perlu anda hadapi ialah naik-turun harga saham, risiko matawang, kurang pengetahuan dan kemahiran, dan tiada masa untuk penyelidikan dan pengawasan pasaran saham.
4. Pelaburan berisiko sangat tinggi.
Pelaburan ini adalah memberi pulangan lebih 30% setahun. Antara pelaburan jenis ini ialah Dana Lindung Nilai (hedge fund), FOREX (pertukaran matawang asing), opsyen, komoditi , niaga hadapan. Dalam pelaburan ini, anda perlulah bersedia mengahadapi kerugian modal antara 30-50%. Akan tetapi, saya percaya ramai yang mengalami kerugian 100% kerana cetek pengetahuan dalam bidang pelaburan profesional ini.
Suka saya ingin menyebut di sini mengenai pelaburan berisiko tinggi iaitu FOREX yang menjadi kegilaan sesetengah kakitangan awam. Harus kita ingat bahawa pelaburan ini memerlukan tahap kepakaran dan komitmen yang tinggi disebabkan harga yang sering berubah-rubah. Perlu diingatkan bahawa apabilan anda terlibat dalam FOREX, anda sebenarnya berhadapan dengan Pelabur Sepenuh Masa Profesional di mana mereka dibantu oleh perisian terbaik dan tercanggih. Kemungkinan untuk berjaya adalah tipis atau jauh sekali untuk meraih keuntungan bagi orang-orang biasa yang sekadar menggunakan perisian Marketiva atau Plus500. Adalah amat malang bagi sesetengah orang awam yang hanya sekadar mengetahui 'Buy dan Sell' sahaja dalam perdagangan FOREX ini tanpa mempunyai asas yang kukuh untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi naik-turun nilai sesuatu matawang. Oleh itu, saya fikir bahawa pelaburan FOREX ini adalah tidak sesuai untuk kakitangan awam.
Oleh itu, dapat kita fahami jenis-jenis pelaburan mengikut risiko tertentu. Pelaburan-pelaburan ini penting untuk menjana untuk kita pada masa hadapan. Sekiranya, anda merupakan kakitangan awam ada baiknya anda hanya sekadar melabur di tempat-tempat yang tiada risiko ataupun mempunyai risiko sederhana sahaja. Ini adalah bagi mengelak wang anda daripada rugi dimakan oleh jerung-jerung besar iaitu pelabur profesional yang amat pakar dalam pelaburan berisiko tinggi di luar sana. Pelabur-pelabur ini sentiasa menanti orang-orang biasa untuk bermain dalam pasaran saham untuk mengaut keuntungan daripada mereka secara luar biasa. Oleh itu, kita sentiasa perlu bijak untuk melabur wang pendapatan kita di tempat-tempat yang sesuai. Usahlah memperjudikan wang kita dengan melabur di tempat pelaburan yang berisiko tinggi. Kelak, kita yang akan menyesal.
Sekian, terima kasih.

Subscribe to:
Posts (Atom)