09 January 2013

Kakitangan terima sijil dari PSAS

Seramai 30 orang kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang mengikuti Sijil Asas Perakaunan dari Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Tanjung Malim, Perak telah diraikan dalam satu majlis konvokesyen 27 Disember lalu.
Majlis yang berlangsung di Dewan Dato’ Amihamzah, Menara Amanah Ikhtiar ini adalah bagi meraikan peserta yang telah tamat menjalani kursus bermula bulan Mac 2012 dan berakhir pada 4 November 2012. Program Asas Sijil Perakaunan ini merupakan kerjasama antara AIM dan PSAS. Program selama enam bulan ini telah melibatkan kakitangan AIM yang terdiri daripada 28 orang Pembantu Amanah, seorang Penolong Pegawai Kerja dan Pembantu Amanah Akaun.
Dalam ucapan perasmiannya, YBhg. Datuk Hajah Zabidah Ismail yang juga Pengarah Urusan berkata AIM sememangnya menggalak dan memberi peluang kepada mana-mana kakitangan yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau menambah, “program sebegini merupakan platform yang baik bagi memberikan laluan kepada kakitangan yang berminat untuk menjadi tenaga kerja yang berilmu dan terlatih”. Ketua Pegawai Operasi AIM Encik Halid Hasbullah Boestamam dalam ucapan aluannya pula menyentuh mengenai perlunya program sebegini melibatkan kakitangan yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak. Beliau menyatakan bahawa pihak AIM berbesar hati sekiranya dapat menjalinkan usaha sama seperti ini dengan institusi-institusi pendidikan yang lain bagi mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan dan perkhidmatan kakitangan AIM.
Konvokesyan ini juga turut menyaksikan majlis menandatangani dokumen kolaborasi antara AIM dan PSAS. Jalinan kolaborasi ini dilihat bakal memberi banyak manfaat kepada kedua-dua belah pihak khususnya dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan dan perkhidmatan kakitangan melalui Program Laluan Peningkatan Akademik bagi mencapai matlamat kakitangan berkemahiran dan berpengetahuan.
PSAS diwakili oleh Timbalan Pengarah Akademik Encik Yaakob Hasrat dan Puan Hajah Norhayati Haji Mohamed Nor, Ketua Jabatan Perdagangan PSAS. Majlis konvokesyen turut menyaksikan Saudari Nur Amira Sultan Khan dari AIM Cawangan PKMB Alor Setar dianugerahkan sebagai peserta terbaik manakala Saudara Mohd Khairul Azman Jaafar dari AIM Cawangan Jeli pula menerima Anugerah Kepimpinan

Memperkasakan mobiliti Sahabat

Lebih 300 ribu Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memainkan peranan yang penting dalam menentukan kesinambungan pembiayaan modal untuk perniagaan yang diceburi.
Sejajar dengan penambahbaikan dan keperluan agenda transformasi yang menjadi bidang utama keberhasilan kerajaan kini, AIM mengambil inisiatif awal menganjurkan seminar rangkaian perniagaan melalui konsep koperasi di bawah modul latihan pemantapan perniagaan yang telah diadakan pada 19 Disember 2012 di The Regency, Alor Setar.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dr. Zubir bin Harun, Ahli Lembaga AIM. Beliau menyentuh mengenai kepentingan Sahabat diberi pendedahan berkaitan manfaat perniagaan melalui konsep rantaian koperasi serta pelbagai strategi penting meliputi aspek pemasaran penjenamaan dan pembungkusan.
Justeru, penubuhan Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia pada Ogos lalu dilihat sebagai langkah bijak dan tepat pada masanya bagi memperkasakan modal insan, meningkatkan kecekapan dan mengagihkan pendapatan tahunan kepada Sahabat melalui pelbagai bidang yang diceburi seperti peruncitan, pembuatan, pembangunan hartanah, perladangan dan sebagainya.
Lebih 150 orang Sahabat yang terdiri daripada Lembaga Perwakilan Sahabat (LPS), Ketua-ketua Pusat sekitar Alor Setar serta Pengurus-pengurus Cawangan AIM peringkat Wilayah Kedah telah menghadiri seminar anjuran Unit Pembangunan Usahawan (UPU) dengan kerjasama SIRIM ini. “Seminar ini juga bertujuan melihat keupayaan koperasi untuk memobilisasikan dana yang diperolehi melalui sumbangan ahli-ahli koperasi bagi mendokong kejayaan koperasi sebagai entiti pelaburan yang sah sepertimana koperasi-koperasi di PNB, LUTH, LTAT, Koperasi Felda dan Bank Rakyat sebagai contoh,” kata Dr. Zubir lagi.
Pembentangan kertas kerja telah disempurnakan oleh Encik Che Mahdi Idris, Penolong Pengarah UPU dan konsultan SIRIM, Puan Rohaizat Maarof.

Tips Bagaimana Menyayangi Pasangan Anda

Dalam perkahwinan, sering kali berlakunya pertelingkahan yang kadang-kadang berpunca daripada salah faham dan kurangnya pemberian kasih sayang antara pasangan. Mungkin sebagai seorang suami atau isteri, kita merasakan sudah cukup kasih sayang yang anda berikan kepada pasangan, namun bagi pasangan pula sebaliknya.
Berikut beberapa tips yang ingin dikongsikan, bagaimana anda untuk menyayangi pasangan anda dengan cara yang betul, dan insyaAllah, mampu menjadikan rumah tangga anda lebih bahagia. :)
Tips Pertama
Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu hubungan berdasarkan perasaan, ia hanya akan gagal karana perasaan senantiasa berubah dari masa ke kemasa.
Tips Kedua
Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sebenarnya seorang yang istimewa dan biarkan dianya kekal begitu.
Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia karena sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya karena dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
Tips Ketiga
Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sekali kali mencoba untuk mempermainkan keluhuran cintanya.
Tips Keempat
Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan membuat alasan supaya dia menerima cinta anda karena kelak, yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
Tips Kelima
Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia karena dia telah cukup sempurna semenjak anda mulai terpikat padanya.
Tips Keenam
Percaya akan dirinya. Senantiasa berbaik sangka padanya, jika kita juga menginginkan begitu darinya. Pastikan anda akan senantiasa memperlakukan diri anda pada tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apalagi dia.
Tips Ketujuh
Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya karena selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
Tips Kelapan BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, niscaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
Tips Kesembilan
Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa alasan. Dia bukan hanya akan menangis kecewa dan kemudian meneruskan hidupnya seperti biasa, ketahuilah bahwa jiwanya akan mati secara perlahan.
Tips Kesepuluh
Jangan cepat berbangga dengan diri anda, mendapatkan hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah anda berjaya menyayanginya hingga akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah karena dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji.
Anda telah bersusah payah dan berusaha dengan segala upaya untuk memenangkan cintanya, maka dengan itu haruslah anda juga berusaha untuk terus mencintai dirinya apapun keadaannya.

Himpunan Kata-kata Hikmah

Antara kata-kata hikmah yang menjadi pilihan ana pada hari ini ialah :
1) Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.
2) Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
3) Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satuperkara iaitu USAHA.
4) Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.
5) Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.
6) Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.
7) Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.
8) Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
9) Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.
10) Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
11) Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
12) Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.
13) Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian